SC memansuhkan Kod Pengambilalihan Malaysia terhadap syarikat swasta
17 Julai 2009 | Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ingin mengumumkan bahawa Nota Amalan 1.2 Kod Pengambilalihan dan Percantuman Malaysia, 1998 (Kod) telah dimansuhkan berikutan perintah gazet yang berkuat kuasa pada 16 Julai 2009. Ini adalah ekoran daripada siaran akhbar SC bertarikh 16 Mac 2009, yang dikeluarkan selepas pengumuman Kerajaan mengenai langkah-langkah baru khusus dalam pakej rangsangan kedua yang dibentuk bagi memudahcarakan akses yang lebih besar terhadap pasaran modal.
Dengan pemansuhan Nota Amalan tersebut, pemeroleh yang telah memperoleh kawalan terhadap syarikat swasta pada atau selepas 16 Julai 2009, tidak lagi tertakluk kepada peruntukan pengambilalihan Kod tersebut.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech (From left to right):
Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group
Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.