SC Memberi Kelonggaran Kawal Selia Bagi Peserta Pasaran
20 Mac 2020   |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan bahawa ia akan memberi kelonggaran kepada peserta pasaran modal dalam memenuhi keperluan kawal selia yang tertentu, berikutan penularan COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) antara 18 hingga 31 Mac 2020.

Pasaran modal telah dikenal pasti sebagai fungsi kritikal dan akan terus beroperasi untuk menyokong ekonomi ketika tempoh pergerakan terhad di seluruh negara. Sebagai sebahagian daripada pelan kesinambungan perniagaan mereka, kebanyakan peserta pasaran mengambil langkah berjaga-jaga seperti mengendalikan operasi pasukan pisah (split team) atau bekerja dari rumah dalam tempoh masa ini. Di samping menyebabkan kebimbangan utama kepada perniagaan umumnya, COVID-19 telah menimbulkan beberapa isu kawal selia dan cabaran pentadbiran khusus bagi peserta pasaran untuk mematuhi keperluan pelaporan kawal selia SC.

Oleh yang demikian, pengawal selia tersebut menlanjutkan tarikh akhir bagi peserta pasaran mematuhi keperluan seperti pemfailan dan penyerahan kawal selia kepada SC dan memenuhi keperluan latihan.

SC berkata bahawa penangguhan penyerahan kawal selia ini merupakan sebahagian daripada pakej kelonggaran SC yang lebih meluas kepada pasaran modal dalam menyokong langkah-langkah kerajaan untuk membendung penularan COVID-19.

Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman sesawang SC di https://www.sc.com.my/regulation/technical-notes-and-practice-notes/circular-to-capital-markets-services-licence-holders atau emel [email protected] untuk sebarang penjelasan. 
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup