SC memberikan lesen broker saham kepada Citigroup
12 Januari 2010   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah meluluskan permohonan Citigroup bagi membuka syarikat broker saham di Malaysia. 

Lesen itu merupakan satu di antara tiga lesen pembrokeran saham yang disediakan untuk syarikat asing terkemuka berikutan langkah-langkah dalam Belanjawan 2008 untuk mengukuhkan pasaran modal Malaysia dan menggalakkan aliran pengantaraan pelaburan yang lebih besar di antara Timur Tengah dan Malaysia. Nomura, yang memperoleh lesen pertama daripada tiga lesen tersebut tahun lepas, telah pun memulakan operasinya.

“Syarikat-syarikat terkemuka antarabangsa terus menunjukkan minat yang kukuh bagi membuka operasi di Malaysia termasuk dalam industri pembrokeran, dan ini menggambarkan keyakinan terhadap prospek pasaran modal kita,” kata Pengerusi SC, Tan Sri Zarinah Anwar. 

Citigroup akan melengkapi syarikat broker saham yang sedia dalam meningkatkan industri perkhidmatan pengantaraan di Malaysia. Berdasarkan kedudukannya yang kukuh di Negara-negara Teluk, Citigroup juga dijangka bakal memainkan peranan penting dalam membawa masuk aliran dana yang lebih besar dari Timur Tengah.

Dalam memberikan kelulusan tersebut, SC telah mempertimbangkan, antara lain, skop operasi yang akan dilaksanakan oleh Citigroup di Malaysia, pengalaman pembrokeran saham dan pasaran modalnya, kepakaran, kedudukan geografinya, dan komitmen terhadap pasaran modal Malaysia. Citigroup akan memfokuskan model urus niaga mereka terhadap urus niaga institusi asing dan domestik. Sebarang kepelbagaian dalam model urus niaga itu adalah tertakluk kepada kelulusan SC.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup