SC meminda Garis Panduan bagi bon dan sukuk korporat 
12 Julai 2011   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan pindaan Garis Panduan Sekuriti Hutang Swasta (PDS), Garis Panduan Sukuk dan Garis Panduan Ikatan Amanah bagi meningkatkan rangka kerja pengawalseliaan bagi penjanaan dana dan kawal selia produk dalam pasaran Sekuriti Hutang Swasta dan Sukuk.

Pindaan itu adalah sejajar dengan objetif Pelan Induk Pasaran Modal 2 (CMP2) yang lebih luas dan bermatlamat untuk mencapai kecekapan pengoperasian yang lebih tinggi, meningkatkan standard bagi amalan perniagaan yang adil dan beretika, dan mengukuhkan kawalan dalaman bagi tatalaku urusan dan pengurusan risiko.

Garis Panduan PDS dan Sukuk yang dipinda ini mengemaskinikan proses kelulusan dan masa ke pasaran bagi penerbitan bon dan sukuk korporat. Pindaan ini juga memudahcarakan proses membuat keputusan pelaburan yang lebih bermaklumat dengan peruntukan tambahan bagi memastikan penzahiran maklumat berkenaan yang lebih meluas kepada pelabur.

Garis Panduan pinddan tersebut memberikan kejelasan yang lebih besar mengenai penggunaan peraturan dan prinsip Syariah yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah SC berhubung dengan transaksi Sukuk manakala Garis Panduan Ikatan Amanah menambah baik standard penzahiran dan pemegang Sukuk.

Malaysia kini merupakan pasaran Sukuk terbesar dunia dengan 65% daripada terbitan global, manakala pasaran bon merupakan ketiga terbesar di segi peratus di KDNK di Asia (kecuali Jepun). Garis Panduan pindaan itu akan membantu Malaysia mengekalkan kedudukanya sebagai peneraju dengan berterusan menarik minat penerbit dan pelabur tempatan dan antarabangsa ke dalam pasaran bon dan sukuk korporat.

Garis Panduan Sekuriti Hutang Swasta, Garis Panduan Sukuk dan garis Panduan Ikatan Amanah pindaan ini akan menggantikan Garis Panduan Penawaran Sekuriti Hutang Swasta, Garis Panduan Penawaran Sekuriti Islam, Garis Panduan Peraturan Kandungan Minimum Ikatan Amanah dan semua Nota Amalan yang berkenaan. Garis Panduan pindaan itu kini boleh diperoleh di laman web SC disini.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup