SC meminda garis panduan bagi memudahcarakan struktur pelbagai kelas bagi dana unit amanah
1 Jun 2010   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah meminda Garis Panduan Dana Unit Amanah (GUTF) bagi memudahcarakan struktur pelbagai kelas bagi dana unit amanah, memberikan para pelabur lebih kelonggaran di samping membantu pertumbuhan tawaran rentas sempadan bagi unit amanah Malaysia.

Dengan pindaan tersebut, yang berkuat kuasa mulai 1 Jun 2010, sebuah dana unit amanah tunggal kini boleh menawarkan pelbagai kelas unit amanah dalam satu kumpulan pelaburan, dengan setiap kelas unit mempunyai ciri-ciri berbeza seperti yuran dan caj yang dikenakan dan mata wang yang dipilih.

Sehubungan itu, pelabur boleh memilih kelas terbaik yang bersesuaian dengan pilihan dan objektif pelaburan masing-masing. Sebagai contoh, pelabur boleh memilih bagi membayar yuran pada masa membuat pelaburan dan dikenakan yuran pengurusan tahunan yang lebih rendah atau yuran pengurusan tahunan yang lebih tinggi tanpa membayar yuran pada awal pelaburan. Ini membolehkan pemadanan yang lebih baik bagi pilihan pelaburan bagi kumpulan pelabur yang berbeza.

Pindaan itu juga bertujuan untuk memudahkan pertumbuhan penawaran rentas sempadan bagi dana unit amanah Malaysia bawah Perjanjian Perakuan Bersama (MRA) yang telah ditandatangani oleh SC dengan Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai dan Hong Kong. Pelabur yang memegang mata wang asing kini boleh melabur secara langsung dalam sesuatu kelas unit yang berdenominasi mata wang asing tanpa menukar jumlah pelaburan mereka kepada Ringgit Malaysia.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup