SC mempelawa komen ke atas Cadangan Kerangka Pengawalseliaan Penjanaan Dana Masyarakat bagi Ekuiti
21 Ogos 2014   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini menerbitkan satu kertas perundingan bagi mendapatkan maklum balas orang ramai terhadap cadangan kerangka pengawalseliaan penjanaan dana masyarakat bagi ekuiti (crowdfunding atau ECF).

ECF ialah satu bentuk baru penjanaan dana yang membolehkan perusahaan kecil atau baru bermula memperoleh modal melalui pelaburan kecil ekuiti daripada bilangan pelabur yang agak besar, menggunakan portal dalam talian bagi mempromosikan dan memudahkan tawaran tersebut kepada khalayak pelabur.

SC mempertimbangkan saluran pendanaan alternatif, seperti ECF, sebagai satu struktur berasaskan pasaran yang penting dan inovatif bagi memudahcarakan perusahaan berskala kecil yang mempunyai sumbangan penting kepada ekonomi negara.

Walaupun ECF menawarkan potensi untuk merapatkan jurang modal bagi perusahaan kecil dan baru bermula, ia juga mempunyai risiko kewangan tertentu bagi pelabur, sama seperti mana-mana produk pelaburan. Justeru, amat penting untuk menyediakan satu kerangka yang dikawal selia bagi menyeimbangkan pertumbuhan industri ECF dan mencapai tahap perlindungan pelabur yang sesuai.

Kertas perundingan yang berkaitan dengan cadangan kerangka ECF itu boleh dilihat di sini dalam laman web SC. Sila hantar komen bertulis anda kepada alamat/e-mel berikut selewat-lewatnya pada 5 September 2014.

Jabatan Pembaharuan Undang-undang
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
3 Persiaran Bukit Kiara
Bukit Kiara
50490 Kuala Lumpur
E-mel: [email protected]
Faks: 603 – 6201 5101

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA



Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup