SC Mempelawa Komen ke atas Garis Panduan Kelayakan Penerbit – Waran Berstruktur
16 September 2009   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan kertas rundingan bagi mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai cadangan Garis Panduan Kelayakan – Waran Berstruktur (Garis panduan Kelayakan).

Bawah kerangka baru bagi penyenaraian dan penjanaan dana ekuiti ini yang berkuat kuasa pada 3 Ogos 2009, SC tidak lagi meluluskan penerbitan dan penawaran waran berstruktur bawah seksyen 212 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

Walaupun begitu, SC akan memperkenalkan garis panduan kelayakan tersebut memandangkan keperluan untuk terus mentadbir kesesuaian penerbit waran berstruktur sebagai langkah bagi mengurangkan kemungkinan risiko sistemik, mengekalkan keyakinan pasaran dan melindungi pelabur. Garis panduan ini telah dibentuk bagi memberikan panduan terhadap keseluruhan jangkaan SC mengenai, antara lain, langkah-langkah pengurusan risiko penerbit, amalan jualan dan pemasaran dan prosedur kawalan dalaman.

Selain itu, memandangkan tahap inovasi produk dan peningkatan kecanggihan waran berstruktur, penerbit dikehendaki menyediakan inisiatif bagi mendidik atau menimbulkan kesedaran yang lebih besar mengenai waran berstruktur di kalangan pelabur, dan inisiatif tersebut termasuklah mengadakan seminar/bengkel, taklimat dan temu ramah dengan media.

SC telah pun mengadakan rundingan dengan penerbit dan bakal penerbit waran berstruktur mengenai igaris panduan kelayakan yang dicadangkan itu. Orang ramai digalakkan merujuk kepada kertas rundingan bagi mendapatkan butiran mengenai cadangan utamanya.

Kertas rundingan berhubung dengan garis panduan kelayakan boleh didapati di sini. Komen mengenai isu-isu yang digariskan dalam kertas rundingan itu boleh dihantar kepada SC sebelum atau pada 7 Oktober 2009.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup