SC mempelawa maklum balas orang ramai terhadap pelaksanaan Pelan Tindakan Tadbir Urus Korporat
31 Mac 2014   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan Tinjauan Kemajuan Interim (Tinjauan) bagi menghimpunkan pandangan dan persepsi pasaran terhadap sebahagian daripada usaha dan inisiatif tadbir urus korporat yang dilaksanakan bawah Pelan Tindakan Tadbir Urus Korporat (Pelan Tindakan CG).

Pelan Tindakan CG yang dilancarkan pada 2011, adalah sebahagian daripada inisiatif strategik SC bagi meningkatkan standard tadbir urus korporat di Malaysia. Tempoh pelaksanaannya kini berada di pertengahan (2011-2015) dengan majoriti cadangan telah digabungkan melalui Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (MCCG) 2012 dan pindaan kepada Peraturan Penyenaraian.

Dapatan daripada tinjauan ini akan dikaji bersama kerja-kerja penyelidikan lain bagi mengenal pasti bidang yang mungkin memerlukan perhatian atau fokus yang lebih besar pada masa Malaysia bergerak ke arah menyemai budaya tadbir urus korporat yang lebih bak di kalangan penggiat pasaran.

Tinjauan itu boleh didapati di laman sesawang SC (www.sc.com.my), serta pautan di sini http://surveys.sc.com.my/s3/CGBlueprint. Orang ramai dialu-alukan untuk memberikan maklum balas masing-masing sebelum tarikh tutup pada 30 April 2014.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup