SC Memperkenalkan Kemudahan Baru Bagi Pertanyaan Teknikal

Kuala Lumpur, 20 April 2000

Suruhanjaya Sekuriti (SC) dengan sukacitanya mengumumkan penubuhan Panel Rujukan Teknikal (TRP). Penubuhan TRP memformalisasikan sistem sedia ada di dalam pengendalian pertanyaan awam mengenai hal-hal teknikal dan adalah sejajar dengan polisi SC untuk mengamalkan sikap terbuka dan senang berunding dengan orang awam.

Orang awam boleh mendapat penjelasan daripada TRP dalam hal-hal berkaitan dengan Polisi dan Garis Panduan Terbitan/Tawaran Sekuriti, Garis Panduan Unit Amanah, undang-undang sekuriti, polisi dan prosedur-prosedur perlesenan.

Untuk merujuk kepada TRP, pihak awam harus terlebih dahulu melihat senarai soalan yang sering ditanya (FAQ) di laman web SC di www.sc.com.my atau mendapatkannya melalui faks daripada Jabatan Hal Ehwal Korporat SC (nombor faksimili: 603-6515078).

Buat masa ini, senarai FAQ tersebut merangkumi tiga kategori: tawaran awam permulaan (IPO), pengambilalihan akas dan penyenaraian pintu belakang dan penzahiran kepentingan di bawah seksyen 99B Akta Perindustrian Sekuriti 1983. Kategori-kategori soalan dan jawapan akan diperluaskan dari masa ke semasa.

Jika jawapan kepada sesuatu soalan itu tidak dapat diperolehi daripada senarai FAQ tersebut, pertanyaan formal boleh ditujukan secara bertulis melalui e-mel, faksimili atau pos kepada

Panel Rujukan Teknikal
Suruhanjaya Sekuriti
3 Persiaran Bukit Kiara
Bukit Kiara
50490 Kuala Lumpur
Faksimili: 603-6515078
E-mel : [email protected]

Pihak awam masih boleh menghubungi Jabatan Hal Ehwal Korporat SC untuk mendapatkan bantuan bagi isu-isu bukan teknikal.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup