SC Memperkenalkan rangka kerja Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab
28 Ogos 2014   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini melancarkan rangka kerja Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) bagi memudahkan pembiayaan inisiatif pelaburan yang mampan dan bertanggungjawab. Cadangan rangka kerja sukuk SRI itu pertama kali diumumkan dalam ucapan belanjawan 2014.

Pelancaran rangka kerja sukuk SRI itu adalah selaras dengan inisiatif yang digariskan di bawah Pelan Induk Pasaran Modal 2 SC untuk menggalakkan pembiayaan dan pelaburan tanggungjawab sosial. Dengan perubahan demografi pelabur, terdapat kebimbangan yang semakin meningkat ke atas kesan alam sekitar dan sosial terhadap perniagaan serta permintaan lebih besar untuk tadbir urus dan etika yang lebih kukuh bagi perniagaan. Pasaran modal Malaysia berada dalam https://www.sc.com.my/kedudukan yang baik untuk memanfaatkan perubahan trend ini dan memudahcarakan pelaburan yang mampan dan bertanggungjawab.

"Pengenalan rangka kerja sukuk SRI merupakan sebahagian daripada agenda pembangunan SC untuk memudahkan pewujudan ekosistem yang kondusif untuk pelabur dan penerbit SRI dan juga selaras dengan trend bon hijau dan bon kesan sosial yang semakin meningkat serta telah diperkenalkan di seluruh dunia untuk memudahkan dan menggalakkan pelaburan yang mampan dan bertanggungjawab. Digabungkan dengan kedudukan Malaysia yang terkemuka dalam pasaran sukuk global, rangka kerja ini akan meningkatkan lagi nilai negara sebagai pusat kewangan Islam dan pelaburan yang mampan," kata Datuk Ranjit Ajit Singh, Pengerusi SC.

Rangka kerja sukuk SRI ini adalah lanjutan daripada rangka kerja sukuk yang sedia ada dan oleh itu, semua keperluan lain dalam Garis Panduan Sukuk terus terpakai. Perkara tambahan yang ditekankan dalam rangka kerja bagi penerbitan sukuk SRI ini termasuk penggunaan dana, projek layak SRI, keperluan penzahiran, pelantikan pihak bebas dan keperluan pelaporan.

Rangka kerja sukuk SRI ini juga bertujuan untuk memenuhi permintaan pelabur runcit dan pelabur canggih untuk akses kepada pelbagai rangkaian produk pelaburan dan memudahkan penyertaan yang lebih besar dalam pasaran sukuk. Maklumat lanjut mengenai keperluan tambahan bagi sukuk SRI dinyatakan dalam Garis Panduan Sukuk, yang boleh dimuat turun di sini.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup