SC Memperkenalkan Rangka Kerja untuk Memudah Cara Dagangan Aset Digital di Malaysia
31 Januari 2019   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini membuat pindaan kepada Guidelines on Recognized Markets untuk memperkenalkan keperluan baharu bagi platform elektronik yang memudahcarakan dagangan aset digital.

Di bawah garis panduan yang disemak semula itu, mana-mana individu yang berminat untuk mengendalikan platform aset digital perlu memohon kepada SC untuk didaftarkan sebagai pengendali pasaran yang diiktiraf.

"Rangka kerja baharu ini merupakan sebahagian daripada usaha SC untuk menggalakkan inovasi di samping memastikan perlindungan pelabur dalam dagangan aset digital," kata Datuk Syed Zaid Albar, Pengerusi SC. Beliau menambah, walaupun terdapat rangka kerja untuk memudahcarakan dagangan aset digital, pelabur diingatkan agar berhati-hati terhadap risiko ketika berurus niaga dengan aset digital seperti risiko turun naik harga secara tiba-tiba dan risiko kecairan.
Pindaan garis panduan ini dibuat berikutan berkuatkuasanya Perintah Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Penetapan Sekuriti) (Mata Wang Digital dan Token Digital) 2019 yang telah berkuat kuasa pada 15 Januari 2019.

Mana-mana individu yang berminat untuk mengendalikan platform aset digital, termasuk yang beroperasi dalam tempoh peralihan semasa, perlu mengemukakan permohonan kepada SC sebelum 1 Mac 2019.

Garis panduan yang disemak semula tersebut boleh didapati di https://www.sc.com.my/regulation/guidelines/recognizedmarkets, manakala sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada [email protected]

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
HUBUNGI KAMI
HOTLINE: +603-6204 8000
PAUTAN BERKAITAN
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia    |    Hubungi Kami    |    Penolak Tuntutan    |    Paparan laman yang lebih baik menggunakan Internet Explorer 11 dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup