SC memperoleh sabitan terhadap seorang individu kerana dagangan tidak berlesen dalam kontrak niaga hadapan
30 April 2013   |   Kuala Lumpur

Mahkamah Sesyen hari ini mensabitkan Zamani bin Hamdan kerana menjalankan perniagaan dagangan kontrak niaga hadapan tanpa Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL) melalui syarikatnya Rantau Simfoni Sdn Bhd.

Zamani yang merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut melakukan kesalahan itu di antara bulan Mac dan April 2010 yang mana dia mengutip RM215,000 daripada 11 pelabur sepanjang tempoh tersebut.

Zamani disabitkan kesalahan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Dato’ Rozana binti Ali Yusoff dan dijatuhi hukuman denda sebanyak RM1 juta (atau satu tahun penjara) bawah seksyen 58(1) yang dibaca bersama dengan seksyen 367(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (CMSA) 2007.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA


Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup