SC Mempromosi Pelaburan Mampan di Pesta BijakLabur® 2018
12 Oktober2018   |   Kuala Lumpur
Pesta BijakLabur® (InvestSmart® Fest) 2018, satu inisiatif pendidikan pelabur oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

InvestSmart® Fest yang diadakan setiap tahun akan berlangsung selama tiga hari dari 12 hingga 14 Oktober 2018 bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang pasaran modal di Malaysia. Terbuka kepada orang awam, kemasukan adalah percuma. Bertemakan "Melabur untuk Masa Depan yang Mampan" (Investing for a Sustainable Future”), InvestSmart® Fest 2018 melibatkan gerai pameran 45 organisasi terdiri daripada perantara pasaran modal, agensi kawal selia dan sebagainya di bawah satu bumbung.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha celik pelaburan InvestSmart® SC untuk mendidik dan memperkasa para pelabur, yang membawa kepada penyertaan mereka yang lebih bermaklumat dalam pasaran modal. SC telah mendekati pelbagai segmen pelabur melalui seminar, pameran bergerak, dan sesi penglibatan bersama komuniti di seluruh negara serta melalui saluran digital untuk mendekati kumpulan pelabur yang lebih muda.

Penaja acara tahun ini yang merupakan rakan eksklusif ialah Bursa Malaysia Bhd. Penaja lain ialah Permodalan Nasional Bhd dan Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia.

Bersempena InvestSmart® Fest pada tahun ini, SC juga memperkenalkan satu permainan interaktif, 'Jump2Invest' yang boleh dimuat turun melalui Google Play dan Apple Store. Permainan ini akan memberi pengetahuan asas mengenai pasaran modal kepada para pemain serta membina portfolio pelaburan mereka melalui permainan ini.

Pada acara tiga hari ini, sebanyak 600 sesi bersama perancang kewangan ditawarkan secara percuma kepada para pengunjung. Sesi oleh lebih daripada 100 perancang kewangan berlesen ini adalah terhad kepada para pengunjung terawal.

InvestSmart® Fest 2018 juga mengetengahkan pakar-pakar industri yang akan berkongsi pandangan mengenai peluang pelaburan, pengurusan kewangan, perancangan persaraan, pelaburan pintar untuk wanita dan bagaimana pendigitalan mempengaruhi keputusan pelaburan.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini, sila lawati laman Facebook Pesta InvestSmart® SC dan www.investsmartsc.my.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup