SC menamakan ahli-ahli Jawatankuasa Perunding Tadbir Urus Korporat Antarabangsa
26 Ogos 2010   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan ahli-ahli jawatankuasa peringkat tinggi yang akan memberikan hala tuju, pandangan dan nasihat strategik kepada SC dalam pembangunan lima tahun rangka tindakan tadbir urus korporat yang menggariskan pelan tindakan bagi meningkatkan lagi standard tadbir urus korporat di Malaysia.

Pada tahun 1999, kerajaan Malaysia mengeluarkan satu laporan komprehensif mengenai tadbir urus korporat iaitu High Level Finance Committee Report on Corporate Governance yang membawa kepada perubahan besar seperti memperkenalkan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia, pindaan kepada undang-undang berkaitan dan memperkenalkan latihan mandatori kepada para pengarah.

Jawatankuasa Perunding Tadbir Urus Korporat Antarabangsa (CGCC) tersebut, yang dipengerusikan oleh Pengerusi SC Tan Sri Zarinah Anwar, terdiri daripada 11 penggiat kanan industri dan golongan profesional berpengalaman dari Malaysia dan luar negara. CGCC akan memberikan pandangan mengenai perkembangan dan trend tadbir urus korporat dan memberikan nasihat mengenai bidang-bidang fokus utama dan cadangan dasar ke arah pembentukan rangka tindakan yang akan menggariskan pelbagai inisiatif dan cadangan yang akan dilaksanakan di antara tahun 2011-2015.

“Pembentukan rangka tindakan itu penting memandangkan perubahan yang signifikan kepada persekitaran korporat serta isu-isu baru berkaitan dengan tadbir urus korporat yang muncul di Malaysia dan di peringkat antarabangsa,” kata Tan Sri Zarinah.

Satu kajian menyeluruh mengenai tadbir urus korporat Malaysia adalah tepat pada masanya memandangkan kebanyakan daripada cadangan yang dibuat oleh Laporan Jawatankuasa Kewangan telah pun dilaksanakan sejak 10 tahun lalu.

Rangka tindakan baharu ini adalah satu dokumen yang komprehensif dan memandang jauh ke hadapan, meliputi keutamaan strategik bagi meningkatkan lagi standard dan identiti tadbir urus korporat Malaysia.

Ahli-ahli CGCC yang lain ialah:
  1. Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz bin Wan Abdullah, Ketua Setiausaha, Kementerian Kewangan
  2. Tun Mohamed Dzaiddin Haji Abdullah, Pengerusi, Bursa Malaysia Berhad
  3. Tan Sri Azlan Zainol, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
  4. Dato’ Sri Nazir Razak, Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan CIMB
  5. Dato’ Johan Raslan, Pengerusi Eksekutif, PricewaterhouseCoopers Malaysia
  6. Tan Sri Megat Najmuddin Khas, Presiden, Persekutuan Syarikat-syarikat Tersenarai Malaysia
  7. Dato’ Azmi Ariffin, Ketua Pegawai Eksekutif, Suruhanjaya Syarikat Malaysia
  8. Charnchai Charuvastr, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Thai Institute of Directors Association
  9. Fianna Jesover, Pengurus Dasar Kanan, Tadbir Urus Korporat, Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD)
  10. Peter Elston, Pakar Strategi, Aberdeen Asset Management Asia Limited


Jawatankuasa ini akan disokong oleh Kumpulan Tadbir Urus Korporat (CGWG) yang terdiri daripada pengawal selia kanan dan golongan profesional pasaran. SC akan juga berunding dengan pemegang kepentingan lain dan kumpulan-kumpulan dalam industri dalam persediaan menyediakan rangka tindakan tersebut.

Pembangunan rangka tindakan tadbir urus korporat tersebut kali pertama diumumkan oleh Tan Sri Zarinah di Minggu Tadbir Urus Korporat SC-Bursa Malaysia 2010 pada bulan Jun tahun ini.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup