SC Menamakan Barisan Majlis Penasihat Syariah Baharu
23 Julai 2020   |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan barisan baharu Majlis Penasihat Syariah (MPS) yang akan berkhidmat bagi tempoh tiga tahun bermula 1 Julai 2020, sebagaimana yang telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Seksyen 31ZK Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 (SCMA).

Ahli-ahli SAC tersebut termasuk dua lantikan baharu iaitu Prof Dato’ Dr Mohd Azmi Omar dan Dr Zaharuddin Abdul Rahman.

SAC ditubuhkan pada 1996 untuk memastikan pembangunan pasaran modal Islam mematuhi prinsip-prinsip Syariah. Di bawah SCMA, SAC diberi kuasa untuk menasihati SC mengenai hal-hal yang berkaitan dengan perniagaan atau transaksi pasaran modal Islam. Badan ini juga merupakan pihak berkuasa terpusat yang bertanggungjawab untuk menetapkan pemakaian prinsip-prinsip Syariah dalam pasaran modal Islam.

Senarai lengkap sembilan ahli MPS adalah seperti berikut:

  1. Datuk Dr Mohd Daud Bakar, Pengerusi Eksekutif Amanie Group
  2. Prof Madya Aznan Hasan, Institut Perbankan dan Kewangan Islam UIAM (IIiBF)
  3. Dr Shamsiah Mohamad, Bekas Penyelidik Kanan, International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA)
  4. Prof Dr Engku Rabiah Adawiah Engku Ali, Institut Perbankan dan Kewangan Islam UIAM (IIiBF)
  5. Prof Dr Ashraf Md. Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif, ISRA International Consulting Sdn Bhd
  6. Prof Dr Asmadi Mohamed Naim, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia
  7. Prof Madya Dr Mohamed Fairooz Abdul Khir, Fakulti Undang-Undang dan Syariah, Universiti Islam Malaysia (UIM)
  8. Prof Dato’ Dr Mohd Azmi Omar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, International Center for Education in Islamic Finance (INCEIF)
  9. Dr Zaharuddin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif, Elzar Shariah Solutions and Advisory Sdn Bhd
"Kepakaran dan pengalaman ahli-ahli MPS ini akan dapat meningkatkan lagi kedudukan Malaysia sebagai peneraju pasaran modal Islam. Keputusan yang dibuat oleh SAC juga memberikan lebih kejelasan, ketekalan dan keyakinan kepada semua pihak berkepentingan dalam pasaran modal Islam di Malaysia, yang seterusnya akan memudahcarakan usaha-usaha pembangunan oleh para pengamal pasaran,” menurut Pengerusi SC, Datuk Syed Zaid Albar.

"Fungsi kritikal ini akan menyokong lebih banyak inovasi dan inisiatif pengantarabangsaan pasaran, serta kemampanan dan pengembangan produk dan perkhidmatan kita. Kami mengalu-alukan sumbangan berharga daripada ahli-ahli MPS dalam usaha kita untuk mencapai aspirasi tertinggi kami," tambah beliau.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup