SC menamakan mantan Pengarah IMF Dr Abbas Mirakhor sebagai sarjana pelawat bagi kewangan Islam
15 September 2009   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan mantan Pengarah Eksekutif IMF Dr Abbas Mirakhor sebagai sarjana pelawat kedua bawah Program Sarjana Pelawat SC-Universiti Malaya (UM) mengenai kewangan Islam. 

Sebagai tokoh ekonomi terkemuka, Dr Mirakhor akan menyampaikan ceramah umum pada 29 September dan mengambil bahagian dalam acara lain yang disediakan oleh SC sepanjang tiga minggu kunjungan beliau ke Malaysia. Beliau juga akan bersama dengan UM, dan akan menyampaikan, membantu dalam penyelidikan akademik dan memberi rundingan ke atas disertasi dan tesis oleh pelajar-pelajar lepasan ijazah.

Ceramah umum beliau bertajuk, “Memperkukuh Sistem Kewangan Islam: Iktibar daripada Krisis”, akan berfokus kepada keperluan struktur tadbir urus korporat bagi mengukuhkan pasaran kewangan Islam terhadap risiko sistemik. Beliau juga akan berkongsi pandangan mengenai hala tuju masa hadapan kewangan Islam selepas krisis kewangan global.

Ceramah tersebut akan diadakan pada jam 9.30 pagi pada 29 September 2009 di Suruhanjaya Sekuriti di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Program Sarjana Pelawat SC-UM yang dilancarkan pada awal tahun ini, membawa sarjana terkemuka dalam kewangan Islam dengan tujuan untuk menggalakkan dan meningkatkan kesarjanaan dan penyelidikan dalam pasaran modal Islam, yang mana Malaysia memegang peranan kepimpinan global. Program tersebut juga akan membantu membangunkan kumpulan mereka yang berkebolehan dan pengetahuan dalam kewangan Islam yang lebih meluas.

Sarjana pertama bawah program ini ialah Profesor Mervyn K Lewis, seorang Profesor Perbankan dan Kewangan di University of South Australia’s School of Commerce, yang berkongsi pengetahuan beliau dalam kewangan Islam dan pandangannya mengenai krisis subprima dan luluhan kredit.

Orang ramai yang ingin menyertai ceramah tersebut boleh menghubungi pegawai SC yang berikut: 
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup