SC Menang Dalam Kes Dagangan Orang Dalam Terhadap Bekas Pengasas WCT Bhd
24 Januari 2018   |   Kuala Lumpur
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah berjaya membuktikan kes dagangan orang dalam terhadap Chan Soon Huat, bekas pengasas dan pengarah WCT Bhd (WCT).
Dalam tuntutan yang difailkan pada 2015, SC mendakwa bahawa Chan telah melanggar seksyen 188(2)(a) Akta Pasaran Modal & Perkhidmatan 2007 apabila dia menjual sejumlah 2,414,600 saham dan 1,236,700 waran WCT antara 30 Disember 2008 dan 5 Januari 2009 ketika memiliki maklumat bukan awam yang material.

Hakim Abu Bakar Jais memerintahkan Chan membayar sejumlah RM3,238,760.55, iaitu tiga kali jumlah kerugian yang telah dielakkan oleh Chan susulan dagangan orang dalam tersebut. Di samping itu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Chan membayar penalti sivil sebanyak RM500,000 kepada SC.


SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup