Hakim Ong Chee Kwan memerintahkan Toh membayar SC sebanyak RM2.36 juta, iaitu tiga kali ganda keuntungan yang diperoleh hasil daripada dagangan orang dalam. Toh juga dikehendaki membayar penalti sivil sebanyak RM250,000 dan kos sebanyak RM100,000 kepada SC.
Mahkamah Tinggi mendapati Toh telah melanggar seksyen 188(2)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Saman tersebut telah difailkan pada tahun 2021.
Di samping itu, Toh dilarang daripada dilantik sebagai pengarah syarikat tersenarai awam, dan juga dihalang daripada berdagang dalam mana-mana sekuriti di Bursa Malaysia untuk tempoh lima tahun bermula daripada penghakiman mahkamah pada 13 April 2023.
Pelanggaran itu berlaku apabila Toh memperoleh 974,000 saham HPI Resources Berhad (HPI) antara Mac dan Jun 2011, manakala memiliki maklumat bukan awam yang penting. Maklumat tersebut adalah berkaitan dengan cadangan pengambilalihan HPI oleh Oji Paper Co. Ltd.
Dagangan orang dalam merupakan kebimbangan utama, dan SC akan terus memantau dan mengambil tindakan terhadap sebarang perlakuan mencurigakan, bagi melindungi integriti pasaran modal. Penghakiman tersebut menunjukkan dengan jelas kepada orang ramai bahawa perdagangan orang dalam merupakan kesalahan yang serius dan menggunakan maklumat dalaman untuk keuntungan peribadi tidak akan ditolak ansur.