SC Menang Saman Sivil Dagangan Orang Dalam terhadap Bekas Pengarah Eksekutif Patimas Computers Berhad

Dato' Ng Back Heang diperintahkan untuk membayar RM2.04 juta kepada SC

Kuala Lumpur, 17 November 2022

Mahkamah Tinggi, pada 16 November 2022, telah mendapati Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berjaya membuktikan tuntutannya dalam saman sivil terhadap Dato' Ng Back Heang (Ng), bekas pengarah eksekutif Patimas Computers Berhad (Patimas) keranadagangan orang dalam.

Ng, 68, diperintahkan membayar sejumlah RM1.24 juta kepada SC iaitu jumlah yang bersamaan tiga kali ganda kerugian yang dielakkannya akibat dagangan orang dalam.

Pesuruhjaya Kehakiman Tuan Muhammad Amin Wan Yahya mendapati Ng telah melanggar Seksyen 188(2)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

Ng juga diperintahkan membayar penalti sivil sebanyak RM700,000 kepada SC. Dia dihalang daripada dilantik sebagai pengarah sebuah syarikat awam tersenarai selama lima tahun, mulai hari ini. SC juga diberi bayaran kos sebanyak RM100,000.

Pelanggaran itu berlaku apabila Ng melupuskan sejumlah 16.5 juta saham Patimas yang dimilikinya antara Mei hingga Julai 2012, ketika memiliki maklumat bukan awam yang material.Maklumat tersebut berkaitan dengan pertanyaan audit dan isu mengenai transaksi yang mencurigakan antara Patimas dan penghutang utamanya.

Dagangan orang dalam terus menjadi keutamaan tinggi bagi SC. Keputusan ini menekankan dengan jelas bahawa SC tidak bertolak ansur terhadap dagangan orang dalam di mana maklumat dalaman disalahgunakan untuk kepentingan peribadi.

Ini merupakan tuntutan kedua yang berjaya oleh SC terhadap bekas pengarah Patimas untuk dagangan orang dalam. Pada April tahun ini, tuntutan sivil SC terhadap bekas Timbalan Pengerusi Patimas, Datuk Raymond Yap Wee Hin, dibenarkan dan Mahkamah Tinggi memerintahkan Yap membayar kepada SC sejumlah RM3.28 juta, iaitu tiga kali ganda kerugian yang dielakkannya akibat aktiviti dagangan orang dalam, berserta penalti sivil sebanyak RM1 juta.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup