SC Menang Saman Sivil Dagangan Orang Dalam terhadap Peguam Korporat
4 November 2020   |   Kuala Lumpur

Mahkamah Tinggi hari ini mendapati bahawa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah berjaya membuktikan tuntutan saman sivil terhadap Dato’ Sreesanthan Eliathamby, 60 kerana dagangan orang dalam.

Hakim Azizul Azmi bin Adnan mendapati Dato’ Sreesanthan telah melanggar seksyen 89E(2)(a) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 apabila dia memperolehi sejumlah 600,000 saham Worldwide Holdings Bhd (Worldwide) antara 7 Jun 2006 dan 11 Julai 2006 ketika memiliki maklumat bukan awam yang material.

Dalam keputusannya, Mahkamah Tinggi mendapati bahawa Dato' Sreesanthan memiliki maklumat bukan awam yang material yang berkaitan dengan cadangan penswastaan Worldwide oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor melalui skim pengaturan ahli di bawah seksyen 176 Akta Syarikat 1965. Cadangan penswastaan Worldwide tersebut kemudiannya diumumkan kepada Bursa Malaysia pada 23 Ogos 2006.

Dato’ Sreesanthan merupakan rakan kongsi kanan sebuah firma undang-undang dan bertindak sebagai penasihat undang-undang CIMB Investment Bank Bhd bagi cadangan penswastaan Worldwide.

Dengan keputusan yang memihak kepada tuntutan SC ini, Dato’ Sreesanthan diperintahkan untuk membayar kepada SC sejumlah RM1,989,402.00 iaitu jumlah yang bersamaan tiga kali ganda keuntungan yang diperoleh hasil daripada dagangan orang dalam tersebut.

Di samping itu, Dato’ Sreesanthan telah diperintahkan untuk membayar penalti sivil sebanyak RM1,000,000 kepada SC dan dilarang menjadi pengarah dalam mana-mana syarikat awam tersenarai bagi tempoh selama 10 tahun bermula 18 November 2020. SC juga diberi bayaran kos sebanyak RM100,000.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
HUBUNGI KAMI
HOTLINE: +603-6204 8000
PAUTAN BERKAITAN
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia    |    Hubungi Kami    |    Penolak Tuntutan    |    Paparan laman yang lebih baik menggunakan Internet Explorer 11 dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup