SC Mencela Beberapa Pihak kerana Gagal Melaksanakan Tawaran Mandatori

Kuala Lumpur, 7 Januari 2003

Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mencela dua kumpulan yang berasingan kerana gagal melaksanakan tawaran mandatori bagi baki hak mengundi dalam Jasatera Berhad (Jasatera), selepas mereka secara berasingan dan pada masa yang berlainan, menyebabkan kewajipan mandatori bawah Peraturan 34.1 Kod Pengambilalihan dan Percantuman Malaysia 1987 (Kod 1987).

SC menyatakan bahawa celaan ini tidak bermakna kewajipan tawaran mandatori bagi baki hak mengundi dalam Jasatera oleh pihak yang berkaitan akan dibatalkan.

Dalam kes pertama, SC mencela Tan Seng Chai dan mereka yang bertindak bersama-samanya, iaitu Korakyat Corporation Sdn Bhd (KorakyatCorp), Tri-Align Holdings Sdn Bhd (Tri-Align), Abdul Rahman bin Ramli, Koh Ah Lan, Jason Ky-Jet Lim dan Tan Kee Meng, kerana gagal melaksanakan tawaran mandatori sebagaimana dikehendaki oleh Peraturan 34.1 (waktu itu) Kod Pengambilalihan dan Percantuman Malaysia 1987 (Kod 1987).

Pada 5 September 1996, Tan Seng Chai, melalui KorakyatCorp, memegang 4,800,000 saham Jasatera atau 24.02% kepentingan tidak langsung dalam Jasatera. Kemudiannya, pada 24 Januari 1997, Tan Seng Chai, melalui Tri-Align, telah memperoleh 5,165,080 saham Jasatera mewakili 25.85% modal saham terbitan dan berbayar daripada See Cheng Siang, See Chee Beaw dan Dato’ Dr Jaafar Mohd Ali.

Menurut pemerolehan ini, Tan Seng Chai dan mereka yang bertindak bersama-samanya memegang lebih daripada 33% kepentingan ekuiti secara terkumpul dalam Jasatera, menyebabkan kewajipan tawaran mandatori bawah Peraturan 34.1 Kod 1987.

KorakyatCorp, Tri-Align, Jason Ky-Jet Lim, Tan Kee Meng, Abdul Rahman bin Ramli dan Koh Ah Lan dianggap sebagai bertindak bersama-sama Tan Seng Chai bawah Kod 1987.

Dalam kes kedua, SC mencela Influx Advance Sdn Bhd (Influx Advance) dan mereka yang bertindak bersama-samanya, iaitu Koo Yuen Kim, Koo Woon Kee dan Su Bee Leng, kerana gagal melaksanakan tawaran mandatori, juga sebagaimana yang dikehendaki oleh Peraturan 34.1 Kod 1987.

Pada 3 Jun 1998, Influx Advance telah memperoleh 5,165,080 saham Jasatera daripada MBF Finance Berhad, mewakili 25.85% modal saham terbitan dan berbayar. Kemudiannya, Su Bee Leng, Koo Woon Kee dan Koo Yuen Kim telah, dalam satu tempoh masa, memperoleh lebih banyak saham Jasatera. Oleh kerana pemerolehan tambahan ini, pada 12 November 1998, Influx Advance dan mereka yang bertindak bersama-samanya telah meningkatkan kepentingan terkumpul dalam Jasatera kepada lebih daripada 33%, dan oleh yang demikian menyebabkan kewajipan tawaran mandatori bawah Peraturan 34.1 Kod 1987.

Su Bee Leng, Koo Yuen Kim dan Koo Woon Kee dianggap bertindak bersama-sama dengan Influx Advance bawah Kod 1987.

SC berkata pihak tersebut gagal memberikan penjelasan yang memuaskan tentang mengapa tindakan tidak patut diambil ke atas mereka kerana kegagalan melaksanakan tawaran mandatori bagi baki mengundi dalam Jasatera.


CELAAN AWAM

  • TAN SENG CHAI DAN MEREKA YANG BERTINDAK BERSAMA-SAMANYA (KORAKYAT CORPORATION SDN BHD, TRI-ALIGN HOLDINGS SDN BHD DAN ABDUL RAHMAN BIN RAMLI, KOH AH LAN, JASON KY-JET LIM DAN TAN KEE MENG); DAN
  • INFLUX ADVANCE SDN BHD DAN MEREKA YANG BERTINDAK BERSAMA-SAMANYA (KOO YUEN KIM, KOO WOON KEE DAN SU BEE LENG)

Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mencela pihak-pihak berikut:

  1. Tan Seng Chai dan mereka yang bertindak bersama-samanya iaitu Korakyat Corporation Sdn Bhd (KorakyatCorp), Tri-Align Holdings Sdn Bhd (Tri-Align), Abdul Rahman bin Ramli, Koh Ah Lan, Jason Ky-Jet Lim dan Tan Kee Meng, kerana tidak melaksanakan tawaran mandatori bagi baki hak mengundi dalam Jasatera Berhad (Jasatera), sebagaimana dikehendaki oleh Peraturan 34.1 (waktu itu) Kod Pengambilalihan dan Percantuman Malaysia 1987 (Kod 1987). Pada 5 September 1996, Tan Seng Chai melalui KorakyatCorp, memegang 4,800,000 saham Jasatera atau 24.02% kepentingan tidak langsung dalam Jasatera. Kemudiannya, pada 24 Januari 1997, Tan Seng Chai, melalui Tri-Align, telah memperoleh 5,165,080 saham Jasatera mewakili 25.85% modal saham terbitan dan berbayar daripada See Cheng Siang, See Chee Beaw dan Dato’ Dr Jaafar Mohd Ali. Menurut pemerolehan ini, Tan Seng Chai dan mereka yang bertindak bersama-samanya memegang 33% secara terkumpul kepentingan ekuiti dalam Jasatera, dan oleh yang demikian, menyebabkan kewajipan tawaran mandatori bawah Peraturan 34.1 Kod 1987; dan
  2. Influx Advance Sdn Bhd (Influx Advance) dan mereka yang bertindak bersama-samanya, iaitu Koo Yuen Kim, Koo Woon Kee dan Su Bee Leng, kerana tidak melaksanakan tawaran mandatori bagi baki hak mengundi dalam Jasatera, sebagaimana dikehendaki oleh Peraturan 34.1 Kod 1987. Pada 3 Jun 1998, Influx Advance telah memperoleh 5,165,080 saham Jasatera dari MBF Finance Berhad, yang mewakili 25.85% modal saham terbitan dan berbayar Jasatera. Kemudiannya, Su Bee Leng, Koo Woon Kee dan Koo Yuen Kim telah, dalam satu tempoh masa, memperoleh lebih banyak saham Jasatera. Dengan pemerolehan tambahan ini, pada 12 November 1998, Influx Advance dan mereka yang bertindak bersama-samanya telah meningkatkan kepentingan terkumpul dalam Jasatera sehingga melebihi 33%, dan oleh yang demikian menyebabkan kewajipan tawaran mandatori bawah Peraturan 34.1 Kod 1987.

KorakyatCorp, Tri-Align, Jason Ky-Jet Lim, Tan Kee Meng, Abdul Rahman bin Ramli dan Koh Ah Lan dianggap bertindak bersama-sama dengan Tan Seng Chai bawah Kod 1987.

Su Bee Leng, Koo Yuen Kim dan Koo Woon Kee dianggap bertindak bersama-sama Influx Advance bawah Kod 1987.

Surat tunjuk sebab

Kesemua pihak telah diberikan surat tunjuk sebab dan diberi peluang yang sewajarnya untuk menjelaskan mengapa tindakan tidak patut diambil terhadap mereka kerana gagal melaksanakan tawaran mandatori bagi baki hak mengundi dalam Jasatera. Penjelasan mereka telah didapati tidak memuaskan.

Kewajipan tawaran mandatori dikekalkan

SC ingin menyatakan bahawa celaan ini tidak bermakna kewajipan tawaran mandatori bagi baki hak mengundi dalam Jasatera oleh pihak yang berkaitan akan dibatalkan.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup