SC mendakwa dalang di sebalik skim pelaburan Internet

Kuala Lumpur, 3 Mac 2008

Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mengeluarkan satu set garis panduan semakan dan baru untuk memudahcarakan perkembangan berterusan meningkatkan daya saing industri unit amanah.

Sebagai tambahan kepada Garis panduan Dana Unit Amanah (Garis panduan UTF) yang telah disemak supaya sejajar dengan standard antarabangsa, SC juga mengeluarkan satu garis panduan baru bagi meningkatkan keperluan penzahiran prospektus unit amanah bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan bermaklumat.

Garis panduan baru Prospektus bagi Skim Pelaburan Kolektif ini bertindak sebagai sumber rujukan tunggal bagi keperluan penzahiran untuk dana unit amanah tidak tersenarai dan juga dana yang tersenarai seperti amanah pelaburan hartanah, dana dagangan bursa dan dana tertutup.

Dalam pada itu, Garis panduan UTF yang disemak semula itu memberikan lebih kelonggaran dalam penstrukturan produk-produk inovatif yang akan menarik minat pelabur Malaysia dan asing, dan menawarkan lebih kefleksibelan kepada pengurus dana bagi meningkatkan pulangan kepada pelabur.

Satu pindaan yang ketara terhadap Garis panduan UTF itu ialah kelonggaran transaksi dalam derivatif bagi tujuan pelaburan. Kelonggaran ini membolehkan dana unit amanah mempunyai lebih pendedahan dalam derivatif, tertakluk kepada penzahiran yang jelas terhadap risiko yang terbabit.

Semakan itu juga memberikan lebih kelonggaran ke atas peruntukan pinjaman sekuriti dan menyingkirkan keperluan untuk mendapatkan kebenaran SC bagi pasaran asing. Ini tertakluk kepada pasaran asing tersebut memenuhi kriteria tertentu.

Bagi memastikan kepentingan pemegang unit yang selebihnya tidak terjejas kesan daripada penjualan aset besar-besaran untuk memenuhi permintaan pembelian semula besar-besaran, dana unit amanah kini dibenarkan untuk meminjam wang tunai untuk memenuhi permintaan pembelian semula. Yang mana sesuai, semakan Garis panduan UTF ini juga telah mengubah had yang ditetapkan kepada had berhemat.

Garis panduan itu juga merupakan ekoran daripada pengumuman oleh Pengerusi SC Dato’ Zarinah Anwar pada 26 Februari 2008 bagi menggalakkan industri unit amanah yang lebih cergas, yang merekodkan pertumbuhan sebanyak 39 peratus dalam NAV dan 26 peratus dalam bilangan dana pada tahun 2007.

Kedua-dua garis panduan tersebut yang berkuat kuasa pada 3 Mac 2008, boleh dilihat di sini.


SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup