SC mendakwa juruaudit luar United U-Li Corporation Berhad kerana menaikkan keuntungan
28 April 2009   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mendakwa Yue Chi Kin, 41, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana bersubahat dengan United U-Li Corporation Berhad dalam mengemukakan maklumat palsu kepada Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa).

Maklumat palsu tersebut berhubung dengan keuntungan sebelum cukai yang diisytiharkan oleh United U-Li Corporation kepada Bursa dalam Laporan Tahunan dan Penyata Kewangannya bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2004. Penyata kewangan itu diaudit oleh Roger Yue, Tan & Associates, yang tertuduh ialah rakan kongsi ikatannya.

Hasil daripada siasatan SC, didapati bahawa keuntungan sebelum cukai yang diisytiharkan oleh syarikat itu dalam laporan tersebut telah dinaikkan.

Tertuduh didakwa bawah seksyen 122B(b)(bb) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 yang dibaca bersama dengan seksyen 122C(c) Akta yang sama. Dia dituduh selepas gagal membayar kompaun yang ditawarkan oleh pihak pendakwa.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM3 juta atau penjara bagi tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Yue dibenarkan ikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin, dengan syarat pasportnya diserahkan kepada mahkamah.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup