Pada ketika itu, Gwi merupakan Pengarah Eksekutif P&D. Gwi dikenakan pertuduhan bersama dengan Yong Tiam Yoon (ketika itu Ketua Pegawai Eksekutif) dan Chua Peng Len (ketika itu Pengarah Eksekutif) kerana bersubahat dengan P&D melanggar syarat kelulusan SC dalam penggunaan hasil kutipan terbitan awamnya yang dijana berikutan pelaksanaan pengapongannya. Hasil persubahatan ini, mereka telah melakukan kesalahan di bawah subseksyen 32(6) Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 (SCA).
Gwi dan Yong juga dikenakan pertuduhan alternatif bersama bagi kesalahan pecah amanah yang membabitkan sejumlah RM5,000,000 daripada hasil kutipan terbitan awam tersebut.
Gwi mengaku bersalah terhadap pertuduhan utama di bawah s32(6) SCA 1993 pada 25 Julai 2005. Pihak Pendakwa menggesa mahkamah agar mengenakan hukuman deterendemi kepentingan awam memandangkan dana tersebut adalah daripada hasil kutipan terbitan awam dan oleh itu keyakinan pelabur mesti dikekalkan dan keutuhan pasaran dijaga. Gwi dibebaskan daripada pertuduhan alternatif bagi kesalahan pecah amanah.
Mahkamah Sesyen hari ini, menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM500,000 ke atas Gwi (jika gagal, 15 bulan penjara). Gwi membayar denda tersebut dengan penuh.
Yong masih pohon dibicarakan dan Mahkamah telah menetapkan 8-10 Ogos 2005 bagi perbicaraan disambungkan.
Chua sebelum ini telah mengaku bersalah pada 17 September 2001 dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM250,000 dan dia telah membayar denda tersebut.