SC menerajui perbincangan mengenai produk berstruktur Islam
30 Julai 2009   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengambil inisiatif dalam menggalakkan permahaman mengenai produk berstruktur Islam serta menangani isu-isu pengawalseliaan dan pasaran yang berkaitan. Pemahaman sebegini penting bagi pembangunan instrumen tersebut, dan dengan itu menambah kedalaman dan keluasan pasaran modal Islam yang semakin berkembang pesat di Malaysia dan di seluruh dunia.

Pada Forum Pasaran Modal Islam Antarabangsa Ketiga yang dianjurkan oleh SC di Kuala Lumpur hari ini, pakar-pakar dan cendekiawan kewangan Islam membincangkan pelbagai aspek berhubung dengan produk berstruktur Islam, termasuk bagaimana pengaplikasian kreatif kontrak Islam tertentu boleh menyediakan mekanisme pelindung nilai bagi portfolio patuh Syariah.

Dalam sebahagian pasaran, instrument asas telah dipakejkan menjadi produk berstruktur dengan matlamat dan profil risiko tertentu, peluang pelaburan yang lazimnya hanya terbuka kepada institusi dan individu yang mempunyai nilai bersih yang tinggi kini dibuka kepada masyarakat umum pelaburan.

Dalam ucap utamanya, Pengerusi SC Tan Sri Zarinah Anwar mengingatkan bahawa produk-produk ini mewujudkan kebimbangan mendalam mengenai perlindungan pelabur. Ketika produk berstruktur menjadi lebih sofistikated, begitu juga risiko yang ada pada instrumen tersebut. Oleh itu, pelabur terdedah kepada kerugian disebabkan maklumat yang tidak betul.

Pada forum sehari itu beliau menambah, “pengajaran daripada krisis tersebut bagaimanapun telah berjaya menekankan keperluan bagi menangani pertimbangan etika kewangan sebagaimana yang digariskan oleh Syariah dengan peraturan ketatnya ke atas kepastian, ketelusan, pelindung nilai dan pengambilan risiko.”

Lebih daripada 270 pegawai kanan industri, penerbit, pelabur dan pengawal selia dari Malaysia dan Negara-negara lain menghadiri forum tersebut yang menampilkan pakar-pakar Syariah dan kewangan Malaysia dan asing sebagai penceramah dan ahli panel termasuk:

  • Dr Nikan Firoozye, Penasihat Islamic Finance Resources (IFR), UK
  • Dr Aznan Hassan, Penasihat Syariah, Bursa Malaysia
  • Haroon Ahmad, Ketua Pembangunan Perniagaan, EIS Asset Management, UAE
  • Bernardo Vizcaino, Pengarah Urusan, Amsar Partners LLP, Singapura
  • Tuan Haji Mohd Tarmidzi Ahmad Nordin, CEO, Etiqa Takaful Berhad
  • Ibrahim Hassan, Pemangku CEO, Maybank Islamic
  • Datuk Ranjit Ajit Singh, Pengarah Urusan, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Antara topik yang disentuh adalah persekitaran pasaran bagi produk berstruktur Islam dan alat pelindung nilai dan kerangka pengawalseliaan bagi produk berstruktur Islam. Satu perbincangan panel juga telah diadakan mengenai kebingkasan kewangan Islam dan hala tuju masa hadapannya.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup