SC menfail tuntutan sivil terhadap tiga individu atas kesalahan dagangan orang dalam
1 Jun 2015   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menfailkan tindakan tuntutan sivil terhadap tiga individu iaitu, Chan Soon Huat, Goh Ching Liong dan Leong Ah Chai, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini kerana dagangan orang dalam bagi saham-saham WCT Berhad (WCT).

SC telah menfail tindakan terhadap Goh dan Leong pada 26 Mei 2015, manakala tindakan terhadap Chan telah difailkan pada 27 Mei 2015.

Dalam penfailan tersebut, SC mendakwa bahawa Chan, melanggar seksyen 188(2) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA), telah melupuskan sejumlah 2,414,600 saham dan 1,236,700 waran WCT antara 30 Disember 2008 dan 5 Januari 2009 ketika memililki maklumat bukan awam yang penting.

SC mendakwa bahawa maklumat bukan awam yang penting tersebut merujuk kepada tindakan pembatalan kontrak bagi cadangan pembinaan “Nad Al Sheba Dubai Racecourse,” di Emiriyah Dubai, Emiriyah Arab Bersatu yang telah diberikan kepada syarikat usaha sama yang telah ditubuhkan oleh WCT dan Arabtec Construction L.L.C.. Pengumuman mengenai maklumat tersebut telah dibuat pada 6 Januari 2009.

Chan telah melupuskan saham dan waran WCT melalui akaunnya dan akaun anak perempuannya, Chan Choon Chew, dan menantunya, Leong Weng Wah.

SC juga mendakwa bahawa Leong, melanggar seksyen 188(2) CMSA, telah melupuskan sebanyak 1,640,000 unit saham WCT antara 2 Januari 2009 dan 5 Januari 2009 ketika memiliki maklumat bukan awam yang penting. Goh, yang ketika itu dan kini masih lagi merupakan Timbalan Pengarah Urusan WCT dikatakan menyampaikan maklumat bukan awam penting itu, melanggar seksyen 188(3) CMSA, kepada Leong yang selepas itu telah melupuskan saham WCT tersebut.

SC menuntut daripada defendan sebanyak tiga kali keuntungan yang telah diperolehi daripada tindakan dagangan orang dalam tersebut. SC juga menuntut penalti sivil sebanyak RM1 juta daripada ketiga-tiga defendan dan mereka dihalang daripada menjadi pengarah dalam mana-mana syarikat awam tersenarai.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup