SC Mengalu-alukan Penafian BPR Mengenai Laporan Tidak Benar

Kuala Lumpur , 4 Jun 2008

Suruhanjaya Sekuriti (SC) mengalu-alukan penafian dan penjelasan daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) ekoran daripada laporan tidak benar dalam akhbar The Sun pada hari Isnin 2 Jun 2008.

Peserta pasaran modal diberi ingatan keras supaya berurusan terus dengan SC.

“Malangnya, ada individu tidak berprinsip yang mendakwa bahawa, dengan bayaran tertentu, mereka boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh SC. SC tidak akan membiarkan perlakuan tersebut. Kami menggesa sesiapa yang mempunyai urusan dengan SC supaya berurusan terus dengan kami dan bukan melalui mana-mana orang tengah,” kata Pengerusi SC, Dato’ Zarinah Anwar.

“Kami akan terus bekerjasama dengan BPR untuk menghapuskan salah laku sebegini di pasaran dan kami mengalu-alukan dakwaan yang dibuat oleh BPR baru-baru ini terhadap seorang individu terbabit,” tambah beliau.

SC mengamalkan tahap ketelusan dan kebertanggungjawaban yang paling tinggi, dengan tahap keterbukaan yang tinggi dalam proses membuat keputusan kami. Selain itu, kami mempunyai kod tatalaku dalaman yang ketat, yang diukur rujuk mengikut pengawal selia utama yang lain.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup