SC mengarahkan MEMS Technology Berhad membetulkan dan mengeluarkan semula penyata kewangan
5 Ogos 2009   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah mengarahkan supaya MEMS Technology Berhad (MEMS) membetulkan dan mengeluarkan semula penyata kewangan bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Julai 2007 dan 31 Julai 2008. Ini bagi memastikan pelabur mendapat maklumat yang lengkap dan tepat bagi membuat keputusan pelaburan yang berkaitan dengan syarikat itu.

SC selanjutnya mengarahkan supaya MEMS untuk membetulkan dan mengumumkan semula kepada Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) Penyata Pendapatan Terkumpul Ringkas MEMS bagi tempoh enam bulan berakhir pada 31 Januari 2009. MEMS tersenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Siasatan SC mendapati bahawa hasil kumpulan MEMS sebanyak RM53.699 juta yang dilaporkan dalam penyata kewangan 2007 mengandungi sejumlah RM13.007 juta jualan yang tidak diurusniagakan. Dalam penyata kewangan 2008, MEMS melaporkan hasil RM71.994 juta yang mengandungi sejumlah RM24.161 juta jualan yang tidak diurusniagakan. Dalam penyata kewangan bagi tempoh enam bulan berakhir pada 31 Januari 2009, MEMS melaporkan hasil RM37.366 juta yang mengandungi sejumlah RM12.015 juta jualan yang tidak diurusniagakan. Jualan tersebut direkodkan dalam penyata kewangan anak syarikat milik penuh MEMS, Senzpak (M) Sdn Bhd.

MEMS telah melanggar seksyen 369(b)(B) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 apabila syarikat itu menyerahkan maklumat yang mengelirukan kepada SC dan Bursa Malaysia berhubung dengan maklumat di atas.

Menurut arahan yang dikeluarkan semalam, pengeluaran semula penyata kewangan MEMS bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Julai 2007 dan 31 Julai 2008 mesti diiringi dengan pengumuman kepada Bursa mengenai pembetulan yang dibuat serta sebab dan kesannya. MEMS juga dikehendaki mengumumkan semula kepada Bursa penyata kewangan yang diperbetulkan untuk tempoh enam bulan berakhir pada 31 Januari 2009. SC menghendaki syarikat itu melaksanakan arahan tersebut dalam tempoh 14 hari dari 4 Ogos 2009.

SC pada 16 April 2009 telah mendakwa dua pengarah MEMS kerana dengan sengaja membenarkan kenyataan mengelirukan dimasukkan dalam Penyata Pendapatan Terkumpul Ringkas MEMS bagi tempoh 12 bulan yang berakhir pada 31 Julai 2007 kepada Bursa. Perbicaraan ditetapkan pada 5 Oktober 2009.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup