SC: Mengekalkan kepentingan penjanaan dana dalam tahun 2008
16 Januari 2009   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti (SC) meluluskan 31 permohonan Tawaran Awam Awal (IPO) sepanjang tahun 2008. Sebagai perbandingan, 26 permohonan IPO telah diluluskan pada tahun 2007. Pasaran modal Malaysia terus menarik minat syarikat-syarikat yang ingin menjana dana dalam tahun 2008 di tengah-tengah pasaran IPO yang melemah di seluruh dunia.

Daripada 31 IPO yang diluluskan, 10 telahpun tersenarai di Bursa Malaysia – empat masing-masing di Papan Utama dan MESDAQ, dan dua di Papan Kedua. Baki 21 IPO merancang masa penyenaraian mereka dengan mengambil kira persekitaran pasaran yang tidak menentu pada masa ini selepas menerima pelanjutan masa daripada SC. Mereka dijangka mengumpul RM2 bilion dan mewakili potensi permodalan pasaran sebanyak RM6.5 bilion.

Selain itu, skor kad suku tahunan terakhir yang dikeluarkan oleh SC bagi tahun 2008 menunjukkan bahawa jumlah keseluruhan modal yang dikumpulkan daripada terbitan sekuriti hutang swasta (PDS) meningkat tiga kali ganda kepada RM49.9 bilion dalam suku tahun keempat, daripada RM15.5 bilion pada suku tahun sebelumnya. Jumlah keseluruhan dana yang dijana dari terbitan PDS yang diluluskan pada tahun ini ialah RM139.9 bilion.

Pada keseluruhannya, 31 IPO yang diluluskan itu meliputi pelbagai sector termasuk minyak & gas, perkhidmatan, teknologi dan pembinaan/kejuruteraan. Tujuh daripadanya adalah syarikat bermodal besar dengan sekurang-kurangnya RM500 juta permodalan pasaran. 

SC mengekalkan standard prestasinya yang kukuh dengan 100 peratus cadangan korporat dan 97.7 peratus permohonan pelesenan diproses dalam piagam masa. Sejumlah 1,193 permohonan diterima untuk lesen baru dan pembaharuan lesen dalam suku tahun keempat 2008.

Statistik pasaran modal yang dikeluarkan oleh SC meliputi maklumat mengenai pemprosesan, kelulusan dan penolakan pengemukaan, termasuk masa dan sebab. Selain petunjuk kad skor ini, statistic suku tahunan mengenai pengemukaan yang diluluskan oleh SC bagi suku tahun keempat tahun 2008 seperti yang dilaporkan.

Siri penuh statistik pasaran modal yang dikeluarkan oleh SC diberikan di sini.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup