SC Mengeluarkan Garis Panduan Pindaan mengenai Pinjam-Meminjam Sekuriti

Kuala Lumpur, 27 Disember 2006

Sebagai sebahagian daripada cadangan utamanya dalam Pelan Induk Pasaran Modal, Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mengeluarkan satu set garis panduan yang dipinda untuk memudahcarakan pengenalan semula pemberian pinjaman dan peminjaman sekuriti (SBL) di Malaysia. Ini adalah ekoran daripada pengumuman Bursa Malaysia Berhad pada minggu lepas bahawa ia akan membenarkan jualan singkat terkawal (RSS) ke atas bursa saham tempatan dari 3 Januari 2007.

Di bawah garis panduan yang bertajuk "Guidelines on Securities Borrowing and Lending" (Garis Panduan SBL) yang dipinda tersebut, Bursa Malaysia Securities Clearing diberikan kuasa oleh SC untuk menjadi agensi pinjaman pusat bagi semua aktiviti SBL yang dijalankan di Malaysia. Ia juga bertindak memastikan agar transaksi jualan singkat hanya boleh dilakukan jika diiringi oleh peraturan SBL yang dibenarkan.

Garis panduan pindaan SBL ini turut memberikan penjelasan mengenai peraturan cukai yang berkaitan dengan transaksi SBL.

Pengeluaran pindaan Garis Panduan SBL menjadi pelengkap kepada peraturan SBL dan RSS yang dikeluarkan oleh Bursa Malaysia Berhad pada 22 Disember 2006. Kedua-duanya membentuk rangka kerja yang membenarkan SBL dan jualan singkat beroperasi dalam lingkungannya di pasaran modal Malaysia.

Aktiviti jualan singkat yang diurusniagakan di luar rangka kerja ini tetap dikira melanggar undang-undang sekuriti.

Pindaan Garis panduan SBL ini, yang menggantikan Garis panduan SBL terdahulu yang dikeluarkan pada bulan Disember 1995, boleh didapati di sini.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup