SC mengeluarkan nota amalan berkenaan polisi pembukaan cawangan dan aktiviti tambahan bagi Broker Universal

Kuala Lumpur, 19 Julai 2002

Suruhanjaya Sekuriti (SC) mengeluarkan dua set nota amalan berkaitan polisi pembukaan cawangan dan aktiviti tambahan bagi Broker Universal (Ubs) hari ini.

Kedua-dua nota amalan yang dibentuk melalui rundingan meluas dengan Persatuan Syarikat Broker Saham (ASCM) ialah:

  • Practice Note 1 - Flexibilities Granted to Stockbroking Companies In Relation to Branch Offices and Branching Policy for the Year-2002 and Beyond (menurut Guidelines on the Establishment and Location of a Branch Office by a Universal Broker and a Non-Universal Broker yang dikeluarkan pada 2 Oktober 2000); dan
  • Pratice Note 1 - Clarification on Additional Activities Allowed to be Undertaken by a Universal Broker (menurut Guidelines for a Universal Broker yang dikeluarkan pada 2 Oktober 2000 dan dipinda pada 9 Februari 2001).

Practice Note 1 - Flexibilities Granted to Stockbroking Companies In Relation to Branch Offices and Branching Policy for the Year-2002 and Beyond bertujuan untuk menerangkan dan menjelaskan kelonggaran yang diberikan kepada syarikat broker saham berkaitan pejabat cawangan serta menetapkan polisi pembukaan cawangan bagi industri broker saham untuk tahun 2002 dan tahun-tahun seterusnya.

Bawah rangka kerja polisi berkaitan penggabungan industri syarikat broker saham yang diumumkan pada tahun 2000, UBs dibenarkan untuk membuka cawangan dari tahun 2002 ke hadapan. Bagi kes bukan UBs (iaitu telah melaksanakan sekurang-kurangnya 1+1 penggabungan), setiap lesen yang diserahkan akan ditukarkan kepada pejabat cawangan.

Untuk terus mendorong pembentukan UBs, rangka kerja polisi SC berkaitan penggabungan industri broker saham juga membenarkan UBs untuk melaksanakan aktiviti pasaran modal yang lebih meluas.

Sehubungan itu, Practice Note 1 - Clarification on Additional Activities Allowed to be Undertaken by a Universal Broker menerangkan dan menjelaskan aktiviti tambahan - iaitu berurus niaga dalam kontrak niaga hadapan, berurus niaga dalam sekuriti hutang, melaksanakan sepenuhnya sekuriti pengurusan dana, mengendalikan syarikat pengurusan unit amanah dan menjalankan aktiviti kewangan korporat - yang mana UBs telah dibenarkan untuk mengusahakannya.

Kedua-dua nota amalan telah dikuatkuasakan dan dimasukkan ke dalam Kuala Lumpur Stock Exchange Business Rules.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup