SC Mengenakan Pertuduhan Terhadap Bekas Pengarah Syarikat Pengurusan Aset atas Penipuan Sekuriti

Kuala Lumpur, 19 Oktober 2005

Suruhanjaya Sekuriti (SC) mengenakan pertuduhan terhadap Wahid Ali bin Kassim Ali hari ini di Mahkamah Sesyen 2 Kuala Lumpur, salah satu mahkamah yang dikhususkan bagi kesalahan berkaitan pasaran modal.

Wahid Ali, salah seorang pengarah dan pemegang saham Aiwanna Manage Assets Sdn Bhd telah dikenakan tiga pertuduhan berasingan di bawah Seksyen 87A(c) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 kerana tidak menyatakan fakta penting yang telah menyebabkan kenyataan yang mengelirukan.

Aiwanna Manage Assets Sdn Bhd (Aiwana) merupakan bekas sebuah syarikat pengurusan aset berlesen.

Di antara tempoh 31 Disember 2001 sehingga 11 Mac 2002, salah satu pelanggan Aiwanna, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) telah menerima tiga Penyata Akaun bulanan daripada Aiwanna yang ditandatangani oleh Wahid Ali yang memberikan gambaran bahawa pelaburan EPIC yang diletakkan dengan Aiwanna telah dilaburkan dalam Dana Bon Aiwanna ( Aiwanna Bond Fund ).

SC telah mendapati bahawa Wahid Ali tidak mengemukakan fakta penting, iaitu sebaliknya pelaburan tersebut telah diletakkan dengan Asasi Trade & Marketing Sdn Bhd bagi tujuan pelaburan dalam pasaran bursa asing.

Kesalahan-kesalahan tersebut boleh dihukum di bawah Seksyen 88B SIA yang membawa hukuman denda tidak kurang daripada RM1 juta dan penjara tidak lebih daripada 10 tahun.

Mahkamah telah menetapkan pembicaraan kes pada 10 hingga 14 Julai 2006. Tertuduh diikat jamin sebanyak RM200,000 oleh seorang penjamin dan dokumen perjalanannya diserahkan kepada pihak Mahkamah.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup