SC mengenakan pertuduhan terhadap Dato’ Ng Kim Weng kerana memalsukan maklumat dalam Laporan Tahunan 2003 Polymate Holdings Berhad

Kuala Lumpur, 7 Februari 2007

Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mengenakan pertuduhan terhadap Dato’ Ng Kim Weng (Dato’ Ng) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur 1, salah satu mahkamah khusus bagi kesalahan pasaran modal, kerana mengemukakan maklumat palsu kepada Bursa Malaysia (Bursa).

Dato’ Ng, bekas Pengarah Urusan Kumpulan Polymate Holdings Berhad (PHB) dan Pengarah Urusan ABI Malaysia Sdn Bhd, dikenakan pertuduhan kerana secara terbuka meluluskan pengemukaan maklumat palsu kepada Bursa, iaitu jumlah hasil dan boleh terima dagangan telah dinaikkan bagi PHB bagi tahun berakhir 30 September 2003, seperti yang terkandung dalam Laporan Tahunan 2003 PHB.

Dato’ Ng dikenakan pertuduhan di bawah seksyen 122B(b)(bb) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA) yang boleh dikenakan hukuman di bawah seksyen 122B Akta yang sama. Jika sabit kesalahan, Dato’ Ng boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3 juta atau penjara bagi tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah telah menetapkan perbicaraan kes pada 8-12 Oktober 2007. Mahkamah membenarkan ikat jamin kepada Dato’ Ng sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin dan pasport beliau diserahkan kepada mahkamah.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup