SC Mengumumkan Pelantikan Kanan

29 April 2022  |  Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ingin mengumumkan pelantikan Yew Yee Tee dan Shamsul Bahriah Shamsudin sebagai Ketua Kaunsel dan Pengarah. Pelantikan mereka, yang dibuat pada 19 April 2022, akan berkuat kuasa pada 1 Julai 2022.

Yee Tee kini merupakan Pengarah Eksekutif Pengawasan Pengantara & Dana. Sebelum menyertai SC pada tahun 2020, beliau bertugas sebagai Ketua Pegawai Kawal Selia di Bursa Malaysia Berhad.

Yee Tee akan menggantikan Chee Fei Meng, yang telah memilih untuk tidak memperbaharui kontraknya yang tamat pada 15 April 2022. Bagi membolehkan peralihan yang lancar, Fei Meng akan terus berkhidmat dengan SC sehingga 30 Jun 2022.

Shamsul Bahriah pula kini merupakan Ketua Pengawasan Institusi dan telah berkhidmat dengan SC selama 19 tahun. Beliau akan menggantikan Yee Tee sebagai Pengarah Pengawasan Pengantara & Dana.

SC mengesahkan peletakan jawatan Pengarah Urusannya Foo Lee Mei, yang pada 6 April 2022, telah memilih untuk menamatkan kontraknya lebih awal. Lee Mei akan terus berkhidmat menurut notisnya sehingga 20 Mei 2022.

Selain itu, Pengarah Eksekutif Strategi Digital & Inovasi Chin Wei Min, telah pada 28 April 2022 meletakkan jawatan beliau dengan notis dua bulan.

SC telah pun mengenal pasti calon dalaman untuk menggantikan Wei Min, yang tertakluk kepada pengesahan dan pemformalan, dan pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat.

SC juga ingin menegaskan bahawa bertentangan dengan spekulasi media baru-baru ini, peletakan jawatan Pengarah Urusan dan Ketua Kaunselnya tidak berkaitan sama sekali dengan, dan telah dibuat sebelum pengumuman peletakan jawatan pengerusi eksekutifnya semalam.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup