SC meningkatkan pemantauan terhadap Agensi Penarafan Kredit (CRA) 
30 Mac 2011   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan Garis Panduan mengenai Pendaftaran Agensi Penarafan Kredit (Guidelines on the Registration of Credit Rating Agencies)(Garis Panduan) bagi memastikan penarafan bebas dan berkualiti tinggi dengan pemantauan yang bersesuaian terhadap agensi penarafan kredit (CRA), memandangkan peranan penting mereka dalam pasaran modal. 

Garis Panduan tersebut akan memastikan proses penarafan yang bebas dan berkualiti tinggi melalui peningkatan standard agensi berkenaan dalam bidang penting seperti ketelusan kriteria penarafan dan dasar, objektiviti proses penarafan, menguruskan konflik kepentingan dan juga bagi membolehkan SC mengawasi CRA dengan lebih ketat.

Pada bulan Januari 2006, Malaysia mendahului banyak bidang kuasa di rantau ini dan di pasaran maju apabila kerangka kerja pengawalseliaan dan pengawasan yang efektif terhadap agensi penarafan kredit domestik (CRA) ditubuhkan. Bagaimanapun, standard pengawalseliaan dan pengawasan global terhadap CRA kini mengalami perubahan dramatik selepas krisis kewangan global. Semakan semula terhadap Objektif dan Prinsip-prinsip Peraturan Sekuriti, Pertubuhan Antarabangsa Suruhanjaya Sekuriti (IOSCO) pada bulan Jun 2010 kini meletakkan CRA dalam tahap pemantauan yang mencukupi, melalui sistem pendaftaran dan pengawasan yang berterusan.

Bidang kuasa utama, termasuk Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Jepun, Australia dan India, juga telah menjalankan pelbagai langkah pengawalseliaan bagi mengukuhkan pemantauan CRA dan meningkatkan standard CRA.

SC pula telah mengadakan rundingan berstruktur dengan penggiat pasaran utama yang terdiri daripada pelabur institusi, agensi penarafan kredit, penerbit, penasihat dan pemegang amanah dalam pasaran bon domestik, terhadap perkembangan Garis Panduan ini, yang akan membolehkan agensi penarafan kredit Malaysia memfokuskan kepada standard antarabangsa dan amalan terbaik yang digariskan oleh IOSCO dan bidang kuasa maju lain. 

Garis Panduan tersebut menggantikan Nota Amalan Pengiktirafan Terhadap Agensi Penarafan Kredit bagi Tujuan Penarafan Terbitan Bon (Practice Note on Recognition of Credit Rating Agencies for the Purpose of Rating Bond issue), yang dikeluarkan oleh SC pada bulan 25 Januari 2006. Salinan Garis Panduan tersebut kini boleh didapati di sini.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup