SC menjadi hos Program Pasaran Membangun ke-11
28 Oktober 2010   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan menjadi tuan rumah bagi Program Pasaran Membangun (EMP) Tahunan Ke-11 dari 30 Oktober hingga 4 November 2010 di Kuala Lumpur. EMP tahunan itu merupakan forum pembangunan keupayaan di kalangan ahli-ahli IOSCO. Program tersebut bermatlamat untuk mengukuhkan kemahiran pengawal selia pasaran membangun dan mengambil pendekatan perkongsian ilmu terhadap to regulation melalui dialog dan pertukaran amalan dan idea.

Pada tahun ini, pengawal selia daripada pasaran maju dan membangun di seluruh dunia akan menumpukan perbincangan dan pertukaran idea terhadap isu-isu yang membawa kepada Krisis Kewangan Global (GFC) dan respons berbeza-beza yang diguna pakai.

Bertemakan “Akibatnya: Kesan Daripada Krisis Kewangan Global Bagi Pengawal Selia Pasaran Membangun” (Aftermath: The Consequences of the Global Financial Crisis for Emerging Market Regulators), program tahun ini membawa pakar-pakar kanan pihak berkuasa pengawalseliaan daripada pelbagai bidang kuasa ke Kuala Lumpur bagi berkongsi pemikiran dan perspektif mereka mengenai sebab dan akibat GFC dengan kira-kira 40 peserta dari negara-negara pasaran membangun. Para peserta berpeluang membahaskan dan membincangkan pelbagai isu yang termasuklah pembaharuan pengawalseliaan yang sedang dijalankan di pasaran utama, perubahan lanjut yang diperlukan termasuk cara penggunaan pengawalseliaan bagi disesuaikan dalam konteks tempatan; serta sejauh mana dasar oleh pasaran maju boleh diguna pakai dalam pasaran membangun yang berkenaan.

EMP merupakan program penting pengawalseliaan SC yang dianjurkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC) bagi pihak SC.

Pengerusi SC Tan Sri Zarinah Anwar akan menyampaikan ucap utama pada EMP tersebut. Penceramah terkemuka lain termasuklah Pengarah Urusan, Penguatkuasaan SC, Dato Dr Nik Ramlah Nik Mahmood, dan Dato’ Johan Raslan, Pengerusi Eksekutif PriceWaterhouse Coopers. Penceramah kanan antarabangsa termasuklah Greg Tanzer, Ketua Setiausaha Pertubuhan Antarabangsa Suruhanjaya Sekuriti (IOSCO), Paul M. Koster, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Dubai (DFSA), UAE dan Guillermo Larrain, mantan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Chile dan Pengerusi Jawatankuasa Pasaran Membangun di IOSCO.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup