SC menjadi tuan rumah forum kewangan pada Julai
29 Jun 2010   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan menjadi tuan rumah kepada dua forum utama kewangan Islam dalam bulan Julai bagi membincangkan cabaran dan peluang untuk perkembangan lanjut sektor tersebut, terutamanya sukuk.

Pada 1 Julai 2010, SC akan menganjurkan Forum Pasaran Modal Islam Antarabangsa Ke-4 (IICMF). Bertema “Sukuk: Transferring Best Practices”, forum berkenaan akan membincangkan mengenai isu-isu dan cabaran khusus dalam rangka kerja sukuk, dengan mengetengahkan idea dan aplikasi pencetus minda bagi mengukuhkan pasaran sukuk dan bersedia untuk perkembangan fasa seterusnya.

Pengerusi SC Tan Sri Zarinah Anwar akan menyampaikan ucap utama.

Penceramah lain terdiri daripada pakar-pakar kewangan Islam, pengawal selia, pengamal undnag-undang, penentu standard dan cendekiawan Syariah. Mereka termasuklah Mohammad Faiz Azmi (Malaysian Accounting Standards Board), Dr Aznan Hasan (Bursa Malaysia), Faisal Hijazi (Moody’s Middle East Ltd), Dr Said Bouheraoua (International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance), M Iqbal Asaria (Afkar Consulting Ltd, UK) dan Ferzana Haq (Norton Rose, Singapore).

Forum ini akan disusuli oleh Program Pasaran Islam (IMP) Ke-5 pada 4 – 9 Julai 2010. Dengan tema “Bersedia Menghadapi Cabaran Akan Datang”, IMP disasarkan untuk pengamal baru dan berpengalaman dalam kewangan Islam, terutamanya pasaran modal Islam.

Forum lima hari itu akan menonjolkan penceramah seperti Datuk Noripah Kamso dan Dr Zeid Ayer (CIMB-Principal Islamic Asset Management), Rafe Haneef (Fajr Capital), Dr Aznan Hasan (Bursa Malaysia) dan Daud Vicary Abdullah (Deloitte). IMP dibangunkan oleh SC dan dianjurkan oleh cabang latihannya, Securities Industry Development Corporation (SIDC).
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup