SC menjadi tuan rumah Mesyuarat Kumpulan Kerja Meja Bulat Asia Mengenai Tadbir Urus Korporat
28 Mei 2010   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), bersama Bursa Malaysia, menjadi tuan rumah Mesyuarat Kumpulan Kerja Meja Bulat Asia OECD Mengenai Tadbir Urus Korporat (ARCG) di Kuala Lumpur pada 25-26 Mei 2010. ARCG adalah inisiatif OECD dalam perkongsian dengan Kerajaan Jepun.

Pembuat dasar dan pengamal pasaran kanan dari negara-negara Asia, agensi multilateral dan kesatuan serantau membincangkan mengenai membangunkan pelan tindakan baharu bagi landskap tadbir urus Asia. Mereka juga mengkaji usah-usaha sedia ada dalam tadbir urus korporat di rantau ini sejak penubuhan ARCG dalam tahun 1999.

Mesyuarat itu juga membincangkan langkah-langkah yang diambil oleh negara-negara berkenaan dalam melaksanakan cadangan yang terkandung dalam Kertas Putih Tadbir Urus Korporat OECD di Asia 2003, cabaran utama dalam melaksanakan cadangan-cadangan tersebut serta keutamaan masa hadapan dalam meningkatkan tadbir urus korporat di rantau ini.

Pada mesyuarat tersebut, bidang utama yang dikenal pasti bagi Kertas Putih akan datang termasuklah mengurangkan jarak antara standard dan prestasi, mempertingkat usaha penguatkuasaan, prestasi dan kualiti lembaga, penzahiran korporat dan peranan pemegang kepentingan.

ARCG ditubuhkan bagi menyokong pembuat keputusan dalam usaha mereka memperbaiki tadbir urus korporat di Asia melalui kajian informal rakan sejawatan mengenai kerangka dasar tadbir urus korporat dan amalannya.

Mesyuarat itu dihadiri oleh delegasi dari Bangladesh, China, Perancis, Hong Kong, India, Indonesia, Malaysia, Pakistan, Singapura, Filipina, Taiwan, Thailand dan Vietnam dan OECD.

Para pemerhati pula terdiri daripada wakil-wakil dari Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia, Rangkaian Antarabangsa Tadbir Urus Korporat, Persatuan Tadbir Urus Korporat Asia, Kumpulan Pemerhati Pemegang Saham Minoriti Malaysia dan Forum eStandards.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup