SC menjadi tuan rumah pengawal selia dan pemimpin industri di Persidangan sulung GEMP 2016
15 Mac 2016|   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini menjadi hos kepada lebih 200 pengawal selia dan industri pasaran modal dari 23 negara di Persidangan sulung GEMP 2016.

Persidangan tersebut memulakan Program Pasaran Pesat Membangun Global (GEMP) selama tiga hari yang bertemakan `Risiko dan Kerentanan Pasaran Global: Memperkukuh Daya Tahan Pasaran Pesat Membangun’. GEMP merupakan platform global bagi pengawal selia pasaran modal untuk bertukar-tukar maklumat dan idea untuk menggalakkan kerjasama rentas sempadan, melaksanakan dan mematuhi standard pengawalseliaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, pengawasan pasaran dan prinsip-prinsip penguatkuasaan.

GEMP dirangka atas kejayaan Program Pasaran Pesat Membangun SC yang dilancarkan pada 2001, dan meneruskan tradisi program sebelumnya dalam meningkatkan kerjasama antarabangsa dalam kalangan pengawal selia melalui pertukaran idea dan pengalaman yang berkesan.

Dato’ Seri Ranjit Ajit Singh, Pengerusi SC menyampaikan ucapan pembukaan di Persidangan GEMP yang mengetengahkan penceramah terkenal termasuk Mark Mobius, Pengerusi Eksekutif Templeton Emerging Markets Group; Dr Ulrich Zachau, Pengarah Peringkat Negara, Asia Tenggara, Asia Timur dan Rantau Pasifik Kumpulan Bank Dunia; Ian Johnston, Ketua Eksekutif Lembaga Perkhidmatan Kewangan Dubai dan Lito Camacho, Pengarah Urusan dan Naib Pengerusi Credit Suisse Asia Pacific.

The GEMP dianjurkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), bahagian latihan dan pembangunan SC.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA


Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup