SC menjadi tuan rumah Simposium Pasaran Modal Dunia Ke-2 pada bulan September
14 Jun 2010   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan menjadi tuan rumah Simposium Pasaran Modal Dunia (WCMS) ke-2 pada 27-28 September 2010 di Kuala Lumpur, dengan agenda utama difokuskan kepada kepimpinan dan tadbir urus dalam menukar landskap masa hadapan pasaran modal global.

Simposium tersebut adalah susulan kejayaan simposium pada tahun lepas yang menyediakan platform untuk pakar-pakar ekonomi, kewangan dan pasaran modal dunia, bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin kerajaan dan korporat, pembuat dan pengamal dasar bagi bertukar-tukar pandangan, pengalaman dan berbincang mengenai cabaran, peluang dan kemungkinan penyelesaian berhubung dengan isu-isu ekonomi dan kewangan global.

Tahun ini, WCMS dengan tema “Mengubah Pasaran Modal: Kepimpinan, Perubahan dan Tadbir Urus” akan difokuskan kepada peluang-peluang yang diberikan kepada komuniti global untuk mengubah amalan antarabangsa, peraturan dan undang-undang serta struktur tadbir urus bagi menjadikan pasaran dan sistem kewangan lebih bingkas.

“Simposium itu juga dijangka akan mengkaji peranan kepimpinan yang strategik dalam mencapai pertumbuhan global yang seimbang dan berdaya kekal melalui satu proses perubahan yang menyeluruh,” kata Pengerusi SC Tan Sri Zarinah Anwar.

Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak akan merasmikan simposium tersebut dan seterusnya menyampaikan ucap utama.

Penceramah dijangka termasuklah menteri-menteri ekonomi dan kewangan dari rantau ini, pengawal selia kanan dan CEO syarikat-syarikat tersenarai awam dan institusi kewangan terkemuka.

Simposium itu dijangka akan mengemukakan tokoh-tokoh yang disegani dalam bidang kewangan dan kepimpinan.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup