SC Menyambut Baik Peningkatan Kududukan Malaysia dalam Laporan Tadbir Urus Korporat
13 Disember 2018   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengalu-alukan hasil penemuan Laporan Tadbir Urus Korporat 2018, di mana Malaysia mencatatkan peningkatan tertinggi dari tahap ketujuh pada 2016 ke tahap keempat tahun ini, selepas Australia, Hong Kong dan Singapura. Laporan ini adalah hasil kaji selidik dwitahunan oleh Persatuan Tadbir Urus Korporat Asia (ACGA) dan CLSA yang merangkumi 12 negara Asia termasuk Australia.

"Pengiktirafan terhadap inisiatif oleh Malaysia ini memberi dorongan bagi kami untuk meningkatkan taraf tadbir urus korporat, yang juga hasil daripada usaha kolektif oleh pelbagai pihak berkepentingan. Tadbir urus korporat akan terus menjadi tema utama dan kepentingan agenda pengawalseliaan SC, bagi memastikan pasaran modal Malaysia sentiasa diiktiraf dalam usaha meningkatkan standard integriti dan kelakuan yang baik," kata Pengerusi SC, Datuk Syed Zaid Albar.

Malaysia berjaya mencapai tahap atas purata serantau dalam beberapa bidang, termasuk penguatkuasaan tegas dalam pendedahan korporat dan tadbir urus, serta pengawalseliaan. Skor bagi Malaysia diatas tahap yang tertinggi (bersamaan dengan Australia) untuk kualiti juruaudit dan kawal selia audit berbanding pasaran lain.

Laporan itu mengiktiraf bahawa pihak pengawal selia telah mengambil langkah yang konsisten dalam mempromosikan pembaharuan tadbir urus syarikat dan korporat. Laporan itu mengakui penggunaan pendekatan inovatif untuk meningkatkan tadbir urus korporat, seperti pengenalan undi dua peringkat untuk pelantikan semula pengarah bebas yang telah berkhidmat selama 12 tahun atau lebih melalui Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (MCCG). Laporan itu juga menerangkan 'budaya penguatkuasaan yang lebih tegas' dapat dilihat melalui peningkatan jumlah tuduhan oleh SC, terutama berkaitan dengan dagangan orang dalam. Lembaga Pemantauan Audit SC juga dipuji sebagai salah satu pemantau audit yang paling efektif di rantau ini.

Laporan itu juga menyarankan penggunaan teknologi untuk meningkatkan pemantauan amalan tadbir urus korporat, yang merujuk kepada penggunaan analisis data SC untuk memantau penggunaan MCCG oleh syarikat tersenarai awam. SC dijangka akan berkongsi penemuannya melalui penerbitan sebuah laporan tematik pada awal tahun 2019.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup