Kuala Lumpur, 15 Oktober 2008
Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah berjaya menyelesaikan restitusi kepada para pelabur Powerhouse Asset Management Sdn Bhd (Powerhouse). Restitusi ini dapat dilakukan ekoran saman sivil SC pada bulan November 2007 terhadap Powerhouse dan pengarah eksekutif dan pemegang saham warga Singapuranya, Tan Kok Kheng. Saman itu diakhiri dengan SC membuat penghakiman persetujuan dengan defendan, yang hasilnya, defendan telah membuat bayaran penuh jumlah yang ditentukan dalam penghakiman.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA