SC menyemak semula Garis Panduan Khidmat Luaran
9 Ogos 2011   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan semakan semula Guidelines on Outsourcing for Capital Market Intermediaries (Garis panduan) yang menggantikan Guidelines on Performance of Supervisory Functions at Group Level for Capital Market Intermediaries dan Guiding Principles for Outsourcing of Back Office Functions for Capital Market Intermediaries.

Semakan itu dibuat bagi mengukuhkan langkah-langkah perlindungan pelabur dan membolehkan pengantara menumpukan kepada kekuatan teras pengantaraan mereka dengan menggunakan khidmat penyedia perkhidmatan luaran bagi fungsi perkhidmatan sokongan mereka. Dalam melantik penyedia perkhidmatan, pengantara dikehendaki berhati-hati dan melaksanakan ketekunan wajar dalam proses pemilihan, berdasarkan kebolehan penyedia perkhidmatan melaksanakan tugasnya secara efisien tanpa menjejaskan kepentingan pelanggan. Pengantara mestilah juga menunjukkan pengawalan yang digunakan untuk pemantauan berterusan serta menilai kualiti perkhidmatan dan tatalaku penyedia perkhidmatan tersebut. Penilaian ini mesti disahkan secara berkala oleh juruaudit dalaman atau luaran.

Menggunakan khidmat luaran bagi fungsi yang dianggap penting (seperti audit dalaman, pengurusan risiko, pematuhan, perakaunan dana dan penjagaan rekod pemegang unit) masih lagi tertakluk kepada kelulusan SC atau Bursa Malaysia. Fungsi lain seperti sumber manusia dan kewangan, tidak lagi memerlukan kelulusan SC atau Bursa Malaysia.

Dalam mewujudkan persekitaran urusan yang lebih mesra dan cekap bagi aktiviti pengantaraan, Garis Panduan tersebut turut membenarkan pengantara mendapatkan perkhidmatan luar daripada penyedia perkhidmatan asing. Bagi memastikan penggunaan khidmat luar itu tidak menghalang usaha pengawasan SC, buku dan rekod yang disimpan di luar pesisir mestilah boleh diakses sepenuhnya apabila diminta oleh SC.

Garis panduan semakan semula itu, bersama-sama satu set soalan lazim, boleh diperoleh di sini.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup