SC Meterai Perjanjian Kerjasama Fintech Bersama OJK Indonesia untuk Tingkat Kolaborasi Malaysia - Indonesia
24 Ogos 2020   |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini menandatangani perjanjian kerjasama teknologi kewangan bersama Otoritas Jasa Keuangan (OJK) Indonesia untuk mewujudkan rangka kerja kolaboratif bagi mengembangkan ekosistem fintech dalam kedua-dua pasaran. OJK Indonesia merupakan agensi kerajaan Indonesia yang mengawal selia dan mengawasi sektor perkhidmatan kewangan, yang merangkumi sektor perbankan, pasaran modal, dan industri kewangan bukan bank.

Perjanjian antara SC dan OJK bermatlamat untuk memudahcarakan perkongsian maklumat berhubung trend munculan dan perkembangan kawal selia dalam industri fintech, memberikan peluang projek inovasi bersama dan memudahcarakan rujukan perniagaan Fintech yang ingin beroperasi dalam bidang kuasa di kedua-dua negara. Ia ditandatangani oleh Pengerusi SC, Datuk Syed Zaid Albar dan Naib Pengerusi OJK, Ir. Nurhaida pada Hari Inovasi Maya anjuran OJK.

“MoU ini menandakan satu pencapaian utama bagi SC dan OJK. Kami kini berkongsi hasrat untuk menggalakkan inovasi dalam pasaran modal masing-masing. Melalui kolaborasi yang lebih besar, Malaysia dan Indonesia dapat mengembangkan dan meningkatkan industri Fintech kami dalam menyokong Komuniti Ekonomi ASEAN,” menurut Syed Zaid.

ASEAN merupakan salah satu rantau yang paling pesat berkembang[1] di dunia dengan penduduk berjumlah 670 juta[2] dan jangkaan KDNK sebanyak US$4.7 trilion menjelang 2025. Memandangkan kelas pertengahannya yang pesat berkembang dan kadar capaian internet yang tinggi[3], ASEAN berpotensi untuk muncul sebagai pusat pengembangan bagi perniagaan dan perkhidmatan inovatif.

Sejak 2017, SC telah mengadakan enam perjanjian fintech bersama pengawal selia lain, antaranya, Hong Kong Securities and Futures Commission (SFC), Monetary Authority of Singapore (MAS) dan Australian Securities and Investments Commission (ASIC).

Sebagai sebahagian daripada agenda digitalnya, SC telah memperkenalkan pelbagai inisiatif fintech sejak 2015, seperti menjadi bidang kuasa pertama di Asia-Pasifik untuk mengawal selia pendanaan ramai berasaskan ekuiti (ECF). Ini diikuti oleh antara lain, rangka kerja kawal selia bagi pembiayaan antara rakan setara (P2P), perkhidmatan pengurusan pelaburan digital (DIM) dan bursa aset digital (DAX), antara lain. Pada bulan Mei tahun ini, ia memperkenalkan rangka kerja bagi kemudahan dan pengedaran produk pasaran modal dalam talian melalui platform e-perkhidmatan seperti penyedia perkhidmatan e-dompet atau e-pembayaran.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup