SC Minta Bantuan Awam dan Interpol Jejak Wong Shee Kai atas Kesalahan AMLA
27 April 2020   |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memohon maklumat atau bantuan daripada orang ramai untuk mengesan Wong Shee Kai (Ricky Wong), yang merupakan individu yang dikehendaki dan kini masih bebas, berhubung dengan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Pencegahan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Pada 3 April 2020, SC juga telah meminta bantuan Interpol untuk mencari Wong. Pencarian tersebut dilakukan setelah waran tangkap dikeluarkan terhadap Wong oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 27 Disember 2019 kerana gagal hadir di hadapan Pegawai Penyiasat SC sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 32(3)(a) AMLATFPUAA.

Sekiranya didapati melanggar seksyen 32(3)(a) AMLATFPUAA, Wong, jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya, di bawah seksyen 32(8) Akta yang sama.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Wong diminta agar memaklumkan kepada SC di mana dia berada dengan menghubungi talian 012-3812497 / 012-9105362 atau menghantar e-mel kepada SC melalui [email protected].

Maklumat yang diterima daripada orang ramai akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. Akta ini melindungi pemberi maklumat dengan memastikan maklumat yang diterima dirahsiakan, dan memberi imuniti daripada tindakan sivil dan jenayah serta perlindungan daripada tindakan yang memudaratkan.

Butiran mengenai Wong adalah seperti berikut:

Wong Shee Kai/Ricky (Kad Pengenalan: 811212-14-5957)
Alamat perniagaan/pekerjaan terakhir: Asia Media Group Berhad, No. 35, Tingkat Pertama, Jalan Bandar 16, Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup