SC Minta Bantuan Orang Ramai Untuk Jejaki Bekas Perunding Unit Amanah
8 Jun 2021

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ingin mendapatkan maklumat daripada orang ramai untuk mengesan Harani bin Kamarudin, bekas perunding unit amanah yang disyaki melakukan beberapa salah laku berkaitan pelaburan unit amanah.
Harani, 37, yang telah dibatalkan pendaftarannya dengan Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) pada 27 November 2020, sebelum ini berkhidmat dengan Eastspring Investments Berhad sebagai perunding unit amanah.

SC mencari Harani berhubung pelanggaran seksyen 354 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (CMSA), yang dibaca bersama Perenggan 3.3.7(a) dan 3.1.12(d) Kod Etika dan Peraturan Tatalaku Profesional (Dana Unit Amanah) FIMM.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Harani diminta memaklumkan kepada SC dengan menghubungi talian 03-6204 8000 / 012 381 2497 atau emel kepada [email protected].

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web SC di www.sc.com.my/regulation/enforcement/have-you-seen-these-people.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup