Uzir, 49, kini masih bebas dan telah disenaraikan sebagai orang yang dikehendaki oleh SC berhubung kesalahan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA). Kali terakhir beliau bekerja sebagai Penasihat Richlist Club Boutique bagi Richlist Club Malaysia (PPM-019-14-14042017).
SC telah mengambil beberapa langkah, termasuk, meletakkan iklan dan bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengesan Uzir. Pada 2016, SC memperoleh waran tangkap terhadap Uzir atas kesalahan di bawah seksyen 58 dan 362(3) CMSA, kerana menjalankan aktiviti yang dikawal selia tanpa lesen, dan menipu pelabur dengan menyamar sebagai ahli Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia (FPAM) dan pemegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL). Sekiranya sabit kesalahan, Uzir boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau penjara tidak melebihi 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai di mana dia berada atau aktiviti Uzir diminta melaporkan kepada SC dengan menghubungi talian 012-3812497 atau e-mel kepada [email protected].
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA