SC Mohon Maklum Balas Mengenai Rangka Kerja Kawal Selia bagi Penyedia Dompet Aset Digital
23 Julai 2020   |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ingin mendapatkan maklum balas daripada pihak industri mengenai rangka kerja kawal selia bagi penyedia dompet aset digital, yang akan melengkapi rangka kerja sedia ada bagi Bursa Aset Digital (DAX) dan Tawaran Awal Bursa (IEO).

Penyedia dompet aset digital merupakan individu yang menyediakan khidmat penjagaan atau penyimpanan bagi pihak pemilik aset digital. Penyedia ini memainkan peranan penting dalam ekosistem tersebut dalam melindungi aset digital pelanggan.

Sehubungan ini, penyedia dompet aset digital sedia ada atau mana-mana pihak yang berminat, diminta untuk menghubungi SC untuk bertemu dan membincangkan operasi perniagaan semasa mereka, dan/atau memberi apa-apa maklum balas mengenai rangka kerja bagi penyedia dompet aset digital tersebut. Penyedia sedia ada dan individu yang berminat hendaklah menghubungi SC bagi sesi perjumpaan selewat-lewatnya pada 14 Ogos 2020.

Apabila dimuktamadkan, rangka kerja kawal selia bagi penyedia dompet aset digital tersebut akan dimasukkan sebagai sebahagian daripada garis panduan, Guidelines on Digital Assets.

Untuk maklumat lanjut atau untuk menetapkan sesi temu bincang, sila hubungi[email protected]

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup