SC Mulakan Permohonan Pelesenan Dalam Talian dan Sistem Penjejak CPE

Kuala Lumpur, 17 Februari 2005

Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini melancarkan Sistem Permohonan Pelesenan Elektronik (ELA), yang membolehkan permohonan dan pembaharuan lesen perantara pasaran modal melalui Internet. Pelaksanaan ELA akan diikuti oleh pengenalan kepada sistem Penjejak Pendidikan Berterusan Profesional (CPE) pada 25 Februari 2005.

Berkuat kuasa mulai 18 Januari 2005, permohonan bagi lesen baru dan pembaharuan lesen wakil peniaga, permohonan bagi pembaharuan lesen syarikat, permohonan bagi pelantikan pegawai prinsipal dan individu berdaftar dan pengemukaan notis mesti dikemukakan kepada SC melalui system ELA. Walau bagaimanapun, semua permohonan baru bagi lesen syarikat termasuk lesen peniaga, lesen broker niaga hadapan, lesen pengurus dana dan permohonan baru bagi lesen individu penasihat pelaburan hendaklah dikemukakan dalam bentuk dokumen kepada Jabatan Pelesenan SC.

ELA merupakan fasa pertama dalam projek Sistem Pelaporan Eletronik (ERS) SC, yang bermatlamat memudahcarakan pengemukaan dan pencarian maklumat dalam talian antara SC dan peserta pasaran. ELA juga menyediakan fungsi carian kepada orang ramai untuk mengetahui sama ada mereka berurusan dengan individu atau syarikat yang berlesen atau sebaliknya.

Pemohon akan mendapati proses permohonan yang lebih singkat dan lebih keberkesanan kos melalui sistem baru ini. Kedua-dua ELA dan Penjejak CPE (CPE Tracker) akan saling berkait bagi membolehkan pemprosesan terus permohonan pelesenan, kerana memenuhi keperluan CPE merupakan salah satu prasyarat bagi pembaharuan lesen.

Dalam perspektif yang lebih meluas, Penjejak CPE, yang berasaskan infrastruktur ERS, memudahcarakan komunikasi dalam talian antara Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC), penyedia latihan dan para pemegang lesen, bagi tujuan menguruskan kursus-kursus lulus CPE dan menjejak mata CPE yang telah dikumpulkan oleh pemegang lesen.

Untuk memudahcarakan pelaksanaan ELA, pindaan kepada peraturan pelesenan, iaitu Peraturan Perindustrian Sekuriti 1987, Peraturan Perindustrian Sekuriti (Pelesenan Pengurus Dana dan Wakil Pengurus Dana) 1996 dan Peraturan Perindustrian Niaga Hadapan 1995 telah diwartakan pada 17 Februari 2005 dan berkuat kuasa pada 18 Februari 2005.

Para pemohon boleh merujuk kepada Garis Panduan SC bertajuk "Guidelines for Submission Through the Electronic Licensing Application System", yang boleh didapati di tapak web SC di sini.

Untuk pertanyaan mengenai ELA, sila hubungi kaunter pertanyaan ELA di talian 03-62048977 atau e-mel [email protected] . Bagi pertanyaan berkaitan Penjejak CPE, sila hubungi Khidmat Korporat SIDC di talian 03-62048667 atau e-mel [email protected]

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup