SC: Pasaran dibuka semula esok, dagangan dijangka teratur

Kuala Lumpur, 12 September 2001

Dagangan di bursa sekuriti dan niaga hadapan Malaysia akan kembali beroperasi esok. Dengan ini, Suruhanjaya Sekuriti (SC) ingin meyakinkan para pelabur bahawa keutuhan pasaran adalah tetap terjaga dan sistem-sistem penyelesaian akan beroperasi seperti biasa.

SC menggesa para pelabur supaya kekal tenang dan menilai maklumat pasaran terkini dalam membuat keputusan pelaburan mereka.

Bursa sekuriti dan niaga hadapan telah ditutup bagi dagangan hari ini, 12 September 2001. Penutupan tersebut adalah sementara dan ia merupakan satu langkah berjaga-jaga terhadap sebarang kesinambungan yang tidak diingini yang mungkin timbul daripada peristiwa tragik yang berlaku di Amerika Syarikat. SC percaya langkah tersebut memberikan masa yang cukup kepada para pelabur untuk menilai keadaan tersebut.

Pihak SC dan bursa-bursa sedang mengawasi keadaan secara terperinci dan akan memaklumkan kepada orang ramai mengenai perkembangan sewajarnya.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup